Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA), sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi pengalaman lucu di platform media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, Khairul menceritakan detik ketika bertemu seorang wanita dan anaknya di dalam lif.
Ketika itu, wanita berkenaan sedang membetulkan saree yang dipakai sempena sambutan Hari Deepavali. Anak wanita itu kemudian menegur Khairul dengan ceria:
“Eh, ini Khairul ke?” sebelum mengucapkan “Happy Deepavali”.
Tidak lama kemudian, wanita tersebut berseloroh:
“Khairul, awak bujang ke? Bila nak kahwin?”

Khairul berseloroh mengatakan dia menyangka hanya ketika Hari Raya Aidilfitri, golongan muda yang masih bujang kerap ditanya soalan sebegitu, tetapi kini turut menerima soalan sama pada Deepavali.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen.
“Ibu tetap ibu di mana pun kita pergi,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi warganet mengingatkan agar Khairul bertabah kerana selepas perayaan Deepavali, Hari Raya Puasa pula bakal menjelma dan pastinya dia bakal diajukan soalan sama.
“Mohon bertabah la KA, tak lama lagi nak puasa dan raya pula!” kata seorang lagi.
— Boom!









