Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Hargai Karya Lama, Syahmi Irfan Mahu Rakam Semula Lagu Penyanyi Otai – “Ini Cara Saya…”

19/10/2022
Kapten Khaioleh Kapten Khai
in Ekstra, Musik, Selebriti
Hargai Karya Lama, Syahmi Irfan Mahu Rakam Semula Lagu Penyanyi Otai – “Ini Cara Saya…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Artis remaja, Syahmi Irfan menyimpan hasrat untuk menyuntik nafas baharu ke dalam lagu popular era 90-an yang kini menjadi trend atau ikutan penyanyi muda seangkatannya.

Menurut Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Irfan Mohd Nadzri, 21, langkah seumpama itu bukan sahaja dapat merealisasikan impiannya, malah membuka ruang kepada karya-karya lama kembali diputarkan di corong-corong radio.

Syahmi Irfan mengeluarkan lagu baharu walaupun lagu pertamanya tidak disambut meriah oleh para pendengar.

“Apabila lagu-lagu lama diperdengarkan semula, secara tidak langsung ia mungkin menarik minat anak-anak generasi baharu menerimanya dengan baik.

“Andai kata maklum balas positif diberikan para peminat muzik tempatan, ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan pengkarya-pengkarya terdahulu menerusi royalti diraih mereka,” ujar Syahmi menerangkan asbab dirinya membuat keputusan tersebut.

Dalam pada itu, ditanya karya muzik yang menjadi pilihannya untuk dinyanyikan semula, Syahmi memberitahu dia teringin sangat merakamkan lagu Kau Ilhamku nyanyian asal Man Bai.

“Saya sukakan lagu ini disebabkan bait-bait liriknya punyai maksud yang mendalam, amat bermakna buat saya. Bahkan melodinya juga sedap untuk dijadikan halwa telinga.

“Elemen-elemen yang disuntik dan digubah komposer Asmin Mudin memang kena dengan jiwa saya. Apatah lagi Kau Ilhamku masih popular hingga kini dan disiulkan ramai.

“Jika generasi lama meminati Man Bai serta nyanyiannya, itu perkara biasa. Akan tetapi sekiranya orang muda seperti saya turut menggemarinya, pasti ada magis di sebalik penghasilannya,” jelas Syahmi.

 

Syahmi mengulas tentang hal itu ketika ditemui baru-baru ini pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Lagi Lagi Sayang.

Jelas anak kelahiran Shah Alam itu, dia akui berasa gementar, namun pada masa sama teruja menunggu respons pendengar terhadap karya ciptaannya sendiri.

“Momen menantikan reaksi orang awam sebaik mendengar lagu ini amat mendebarkan dan menimbulkan rasa gementar.

Syahmi Irfan berasa gementar untuk menerima respon peminat akan lagu baharunya.

“Bagaimanapun dari sudut lain, saya berbangga tatkala label muzik bersetuju untuk merakam dan menerbitkan lagu ciptaan saya sendiri, sekali gus mendendangkannya.

“Sudah tentu saya terlalu gembira dan meletak harapan tinggi ke atas single LagiLagi Sayang supaya ia disambut baik peminat, seterusnya menjulang nama Syahmi Irfan dalam industri hiburan tanah air,” tuturnya memanjatkan doa.

Berkongsi sasaran hidup, dia enggan kehadirannya di persada seni muzik tanah air sekadar sebagai penyanyi semata-mata, tetapi juga menyimpan hasrat bergelas komposer ternama satu hari nanti.

Bersyukur sejurus Lagi Lagi Sayang sudah boleh distrim di platform digital, Syahmi berjanji akan bekerja keras demi memastikan kerjaya seninya berkembang mekar dengan jayanya.

Di samping menjadi komposer untuk lagu berkenaan, lirik Lagi Lagi Sayang juga merupakan hasil nukilannya bersama penulis lain iaitu SMSM. – BOOM!

 

Previous Post

Selamat Bersalin Minggu Lalu, Dr Amalina Dedah Wajah Puteri Sulung Di Media Sosial

Next Post

DJ Lin Terharu Sambutan Luar Biasa ‘Suria FM Belanja Makan 1,000 Pendengar’ – “Berjam-jam Beratur!”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd