Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Hampir Diisytiharkan Bankrap, Chez Professional Ubah Kehidupan Chez Hamdan

30/01/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
Hampir Diisytiharkan Bankrap, Chez Professional Ubah Kehidupan Chez Hamdan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Siapa sangka di sebalik ujian pandemik Covid-19 telah mengakibatkan usahawan terkenal dan pendandan rambut selebriti, Chez Hamdan menutup operasi salun rambutnya, sekali gus mencabar diri menjadi lebih serius dalam dunia perniagaan.

Bermula dengan menjual produk penjagaan rambut jenama orang lain, lelaki berusia 36 tahun itu kini optimis memasarkan jenama sendiri yang dinamakan Chez Professional.

Kini seiring dengan kehadiran tahun 2022, jenama yang mempunyai tujuh jenis produk merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambut itu turut diberi ‘nafas baharu’ dengan kualiti tambah baik menerusi Chez Upgraded 22.

Malah serentak turut dilancarkan kempen #duitdijari tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko bagi mereka yang mahu menjana pendapatan sebagai ‘dropship’ dari rumah atau di mana mana saja. Usaha merekrut ahli agen elit juga berterusan.

“Kalau tak kerana pandemik ini, mungkin saya akan terus berada di zon selesa meneruskan operasi salun rambut. Saya mungkin masih berbelah bahagi biarpun sedar operasi perniagaan itu bagai telur di hujung tanduk.

“Bahkan jika bukan disebabkan wabak ini, mungkin saya tak berani mengambil keputusan atau membuat sesuatu yang berisiko. Alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

“Saya pernah hampir jatuh tersungkur, dituduh bankrup apabila tutup salun dan bagai hilang punca dua tahun lalu ketika awal pandemik menyerang. Tetapi saya bingkas bangun semula. Rupa-rupanya berniaga produk ini lebih buat saya happy,” katanya.

Melancarkan Chez Upgraded 22 bersama isteri tercinta

Kata pemilik nama penuh Halimi Hamdan itu lagi, tahun 2020 umpama satu titik mula dalam hidup dan perniagaan.

“Saya mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba-serbi aplikasi dalam talian. Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri saya yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.

“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tetapi apabila jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung sambil cakap tergagap-gagap.

“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal Tak ada ilmu, tak ada apa-apa, saya cuba ke depan. Saya redah, belasah. Perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa,” katanya.

Chez Hamdan bersama isteri dan dua anak mereka

Pada awalnya, Chez melakukan segala kerja dari mengambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran.

“Hujung bulan pertama fasa awal pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya. Iya betul, saya mula fokus. Syarikat Chez Professional Sdn Bhd ditubuhkan pada 21 November 2020 dan berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.

“Tahun lalu juga kita fokus penyelidikan dan pembangunan produk. Kita nak tambah baik mutu produk lebih premium. Kita mahu cipta fenomena,” katanya.

Chez Hamdan bersama isteri dan dua anak mereka

Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ hadir dengan kualiti seperti membuat rawatan di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.

“Setakat ini baru ada sekitar 60 agen. Sekarang nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik jadi agen. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya yang bersemangat membuka semula salun rambut di lokasi baru di Shah Alam tahun ini.

Majlis penambahbaikan kualiti produk itu diadakan di sebuah premis acara pada 29 Januari lalu.

Malah sambutan ulang tahunnya yang ke-36 disambut pada 25 Januari turut diraikan pada acara itu. – BOOM!

Previous Post

Statistik Kes Positif Covid-19 Meningkat, Astro Tunda Penganjuran AME 2021 Ke Tarikh Lain

Next Post

Utamakan Kesihatan, MJ Astro Berehat Seketika Daripada Sebarang Aktiviti Promosi Dan Seni

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Judy & Nick Kembali! “Zootopia 2” Janji Dunia Lebih Gila & Lebih Besar!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd