Kehangatan sambutan Hari Bapa pertama Justin Bieber sebagai seorang ayah baru-baru ini menjadi bualan hangat peminat.
Namun, ianya bukan kerana sambutan meriah, tetapi kerana diamnya Hailey Bieber di media sosial.
Walaupun aktif sepanjang Ahad lalu, Hailey langsung tidak membuat sebarang ucapan atau hantaran istimewa buat suaminya, yang menyambut Hari Bapa pertamanya sejak kelahiran anak sulung mereka.
Justin pula memuat naik sekitar 20 foto di Instagram, yang kebanyakannya menampilkan bayi mereka.
Kesemua foto hanya disertakan dengan emoji jari tengah, suatu tindakan yang dianggap provokatif oleh netizen.
Kekurangan reaksi dari Hailey ini mencetuskan spekulasi tentang kemungkinan berlakunya ‘silent treatment’ dalam rumah tangga mereka.
Walau tidak memuat naik apa-apa hantaran manis, Hailey dikatakan tetap menyambut Hari Bapa bersama Justin.
Beberapa gambar menunjukkan pasangan itu sedang menikmati makan malam hibachi bersama bayi mereka. – BOOM!










