Pelakon dan penyanyi terkenal Hailee Steinfeld berkongsi tentang kebahagiaan rumah tangganya bersama pemain rugbi Amerika, Josh Allen.

Hailee membuat pendedahan itu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis di California.
“Ketenangan dalaman yang anda miliki, naik turun hidup, bahagian hidup anda yang kukuh dan konsisten itu tidak dapat digambarkan.” katanya.

Hailee menerangkan bahawa rasa syukurnya hadir kerana menemui pasangan sejati yang melengkapkan hidupnya dan memberi makna mendalam pada kehidupan.
“Saya benar-benar bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana saya menemui cinta sejati dan ia adalah perkara yang paling hebat di dunia. Kehidupan masuk akal. Semuanya masuk akal. Saya rasa seperti saya melangkah ke versi yang selalu saya impikan, kerana banyak yang berkaitan dengan bersamanya,” katanya dipetik Bustle.

Hailee menerangkan bahawa kehadiran suaminya mendorongnya menjadi versi diri terbaik, memberi inspirasi dan keyakinan untuk berkembang secara peribadi.

Pasangan itu mula dikaitkan pada tahun 2023 selepas sering dilihat bersama di New York. Hailee, yang terkenal menerusi True Grit dan siri Hawkeye, menyifatkan perkahwinannya sebagai fasa paling tenang dan bermakna dalam hidupnya. -Boom!










