Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad, mencuri perhatian ramai dalam penerbangan AirAsia.

Beliau menghadiahkan bunga ros dan produk kosmetik AINAA Beauty kepada pramugari.
Tindakan itu dilakukan bagi menaikkan jenama kosmetik milik isterinya, Syafiqah Aina, yang telah bertapak lebih sembilan tahun dalam industri kecantikan tempatan.
Menurut Hafiz, ia adalah usaha menepati impian isterinya yang mahu setiap rumah di Malaysia memiliki satu produk AINAA.
“Saya ke sana sini hanya sebab nak isteri saya maju… impian isteri saya, setiap rumah kena ada satu AINAA.” katanya di Instagram.
Dalam video itu, Hafiz turut menghadiahkan AINAA Cleansing Balm kepada pramugari. Aksi spontan itu menerima pujian ramai.

Terdapat peminat yang memuji tindakan Hafiz Mahamad kerana berusaha membanggakan isterinya.
“Usaha dia banggakan isteri dia memang terbaik!”, ujar seorang netizen.
“Semoga bertambah rezeki dan diperluaskan lagi bisnes AINAA.”, ujar seorang lagi netizen.

Terdapat peminat yang menggambarkan kekaguman terhadap keikhlasan dan kasih sayang Hafiz, yang dilihat sebagai contoh suami penyayang dan penyokong setia.
“Bertuah Ainaa dapat suami macam ni,” ujar seorang netizen.
Usaha Hafiz jelas mencerminkan kasih dan sokongan terhadap kejayaan isterinya. –Boom!









