Pelakon berbakat, Korea Selatan Goo Hye‑sun, kini meraikan satu lagi pencapaian besar selepas tamat pengajian Sarjana lebih awal di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST).

Goo berkongsi beberapa foto tamat pengajian di Instagram lengkap dengan topi dan jubah konvokesyen serta memegang salinan tesis yang baru dijilid.

Goo Hye‑sun menyatakan kegembiraan dan rasa bangga kerana menamatkan sarjana lebih awal, sambil bersemangat menyambung pengajian ke peringkat PhD.
“Saya lulus tesis sarjana. Tesis saya yang baru dijilid baru sahaja tiba. Seterusnya, PhD? Kemenangan!” katanya di Instagram.

Daily Tribune melaporkan Goo Hye‑sun menamatkan pengajian sarjana muda dalam Penerbitan Video di Universiti Sungkyunkwan pada tahun 2020. Selepas itu, dia menyambung pengajian sarjana dalam bidang kewartawanan sains di KAIST.
Dia mendaftar semula pada tahun 2020 dan menamatkan pengajian sebagai pelajar cemerlang pada Februari 2024.

Selain fokus pada akademik, awal tahun ini Goo menceburi dunia keusahawanan dengan melancarkan jenama gulungan rambut Kurole hasil ciptaan bersama seorang profesor kimia dari KAIST, menunjukkan bakatnya bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga inovasi dan perniagaan. –Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



