Penyanyi Jennifer Lopez (J Lo) kini menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjaya dan anak-anaknya selepas berpisah dengan Ben Affleck.

Hampir setahun selepas perceraian mereka dimuktamadkan secara rasmi pada Januari lalu, Jennifer dilaporkan masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan romantik baru.

People melaporkan sumber mendakwa bahawa penyanyi dan pelakon itu kini memfokuskan tenaga pada kehidupan profesional serta membesarkan anak kembarnya, Max dan Emme, yang berusia 17 tahun.
Lopez dilihat gembira dengan kehidupannya sekarang dan memilih untuk tidak terburu-buru mencari pasangan baharu.

Memasuki tahun baru, Lopez mengekalkan sikap positif sambil terus terlibat dalam pelbagai projek seni dan hiburan. Dedikasinya kepada keluarga dan kerjaya menunjukkan transformasi peribadi yang kukuh, menegaskan bahawa fokus terhadap diri sendiri dan anak-anak kini menjadi keutamaan utama.

Status solonya membolehkannya menikmati kehidupan dengan lebih tenang sambil terus mengekalkan imej profesional yang dihormati dalam industri hiburan global. -Boom!









