Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Genap 8 Tahun Dalam Bidang Muzik, Amir Masdi Kenang Susah Payah Sebelum Bergelar Penyanyi

20/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Genap 8 Tahun Dalam Bidang Muzik, Amir Masdi Kenang Susah Payah Sebelum Bergelar Penyanyi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Tahun ini genap lapan tahun usia pembabitan penyanyi Amir Masdi dalam bidang muzik tanah air selepas dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasi (AF) 2016.

Berbekalkan bakat dimiliki, nama Amir, 28, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi kian mendaki populariti dan menjadikannya antara penyanyi lelaki yang berada di kelas tersendiri.

Impian Amir Masdi Nyanyikan Lagu Ciptaan Hang Nadim Tercapai Menerusi Single Baharu Sengaja

Namun, perjalanan Amir untuk sampai ke tahap hari ini tidak semudah disangka.

Gelaran juara dimiliki bukan tiket untuk dirinya mencapai apa diingini.

Amir yang popular menerusi lagu Debu dan Sengaja berkata, dia pernah tidak mendapat bayaran selain terpaksa berbohong dengan kedua-dua ibu bapanya.

“Ini saya tidak pernah ceritakan, malah ibu bapa saya tak tahu pun. Masa awal-awal selepas habis buat persembahan saya akan tanya pengurus berapa dibayar, dia cakap tidak ada. Ketika itu saya fikir macam inikah nasib penyanyi yang mana bersusah payah menyanyi, tapi tidak ada bayaran.

“Malah, saya masih ingat selepas habis AF, pergi sana sini nyanyi banyak lagu, tapi percuma saja. Waktu itu saya cakap pada diri, ini adalah platform untuk saya cari pengalaman dan memperbaiki diri. Ini adalah ujian, saya ambil sebagai halangan yang perlu hadapi. Mungkin masa itu saya dapat pengalaman dan pendedahan dan ia betul.

“Apa yang sedihnya, balik rumah mak ayah gembira sebab saya ada ‘show’ dan mesti mereka fikir dapat bayaran. Kalau mereka tanya, saya hanya cakap ada.

Amir Masdi belum ada kriteria gadis pilihan

Dalam hati saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu mereka risau. Jadi, saya pendam saja,” katanya pada program SYOK Podcast – Confession Bilik Gelap Musim Keempat.

Menurutnya, dia juga pernah tidur di studio semata-mata mahu mengaburi mata ibu bapanya yang mana dia sibuk bekerja dan banyak tawaran menyanyi.

“Ketika mana saya tidak ada bayaran, masa itu tidur di studio. Saya ikut pengurus pergi jumpa orang berpengalaman dalam industri. Pendek kata saya banyak luangkan masa di studio untuk elak ditanya mak ayah.

“Lagi satu saya tidak mahu terkurung di rumah dan mengganggu fikiran yang saya tidak ada kerja. Jadi, saya memilih untuk berada di studio supaya kelihatan sibuk dan banyak kerja. Pendek kata, saya sebenarnya sibukkan diri untuk kaburi pandangan keluarga. Tetapi, dalam masa sama, di studio saya nak dapatkan pendedahan dan belajar banyak perkara berkaitan muzik,” katanya.

Untuk rekod, Amir sudah dua kali menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu menerusi lagu Kau Sakiti pada AJL35 dan Debu duet bersama Dayang Nurfaizah pada AJL37.

Tak Mahu Tonton Persembahan Rakan Artis, Amir Masdi Kongsi Debaran Di Pentas AJL35 - REMAJA

Selain itu, Amir juga menjadi naib juara pada program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua.

Lebih membanggakan juga, Amir berjaya melancarkan album sulungnya berjudul Amir Masdi tahun lalu serta mengadakan siri jelajah album itu di seluruh negara. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

“Saya Seperti Gelas Kosong, Inilah Fasa Baharu Dalam Hidup” – Mawar Rashid

Next Post

Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd