Penyanyi dan pelakon terkenal, Jennifer Lopez (J.Lo) sekali lagi mencuri perhatian dunia hiburan selepas insiden “wardrobe malfunction” yang tular ketika persembahan di Poland. Gaun yang dipakainya tiba-tiba melorot sehingga hampir mendedahkan tubuh, sekaligus mencetuskan kekecohan di media sosial dengan jutaan tontonan dalam masa singkat.

Pada awalnya, ramai menyangka kejadian itu sengaja dirancang sebagai gimik pentas. Namun, Jennifer kemudian tampil menjelaskan bahawa busana berkenaan sebenarnya disiapkan pada saat akhir. Oleh kerana dibuat secara tergesa-gesa, terdapat kelemahan teknikal yang tidak sempat diperbaiki, sekali gus membawa kepada kejadian tidak diduga itu.

Walaupun berdepan detik mencabar, penyanyi berusia 56 tahun itu tetap profesional dan meneruskan persembahan seolah-olah tiada apa berlaku. Netizen memuji ketenangan serta karisma J.Lo, malah ada yang berpendapat insiden tersebut menambahkan lagi aura seorang diva sejati.

Di luar insiden tersebut, Jennifer kini sedang melonjak dalam kerjayanya. Filem muzik terbaharunya, “Kiss of the Spider Woman”, mula ditayangkan hari ini dan mendapat perhatian besar. Lagu baharu berjudul “Never You” turut dilancarkan sebagai sebahagian daripada soundtrack rasmi filem tersebut. -BOOM!









