Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan dunia hiburan apabila dua bintang besar, Aaron Aziz dan pelakon Tamil terkenal, Karthi, bergabung dalam projek istimewa filem aksi Malaysia Banduan.

Aaron menyambut ketibaan Karthi, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena promosi filem tersebut.
“Bismillah… Dilli dah tiba,” katanya di Instagram.

Kehadiran Karthi mencetuskan keterujaan peminat filem aksi tempatan dan antarabangsa.
Dilli merujuk kepada watak Karthi dalam filem asal Kaithi (2019).

Kedua-dua pelakon hebat itu bakal memeriahkan malam perdana esok di KLCC. Filem berkenaan diarahkan Kroll Azry dan diterbitkan Dream Warrior Pictures serta Number Twenty One Media.
Ia turut dijayakan pelakon Rosyam Nor, Afdlin Shauki, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Naskhah adaptasi filem Tamil Kaithi itu berkisahkan seorang bekas banduan yang memandu sekumpulan anggota polis yang diracun untuk ke hospital. Banduan itu berbuat demikian sebagai pertukaran untuk bertemu semula dengan anak perempuannya.
Banduan bakal ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 6 November ini. Gabungan Dilli dan Dali janjikan aksi hebat penuh emosi. –Boom!









