Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Filem Termahal Dalam Sejarah, Kos Pembikinan Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta

10/09/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Filem
Filem Termahal Dalam Sejarah, Kos Pembikinan Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengarah Malbatt Misi Bakara iaitu Adrian Teh mengakui filem terbaharu arahannya itu adalah termahal pernah dihasilkan produksi tempatan.

“Filem ini telan belanja besar dan menjadi antara naskhah termahal pernah dihasilkan di Malaysia dengan 70 peratus jumlah kos meliputi aspek produksi.

ADRIAN TEH

“Selain penggambaran yang dilakukan di beberapa lokasi, termasuk selama 60 hari di Turkiye, filem ini juga memerlukan pasukan kami menyediakan set lengkap uniform tentera lama iaitu ketika pasukan askar kita terlibat dalam peperangan di Somalia pada 1993.

“Kami perlu tempah uniform yang kini sudah tidak lagi digunakan oleh tentera dan kos itu sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Adrian berkata demikian semasa ditemui pada sidang media pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, di sini, hari ini.

Selain itu tambahnya, kos tersebut turut melibatkan pembinaan semula kelengkapan ketenteraan, selain membayar khidmat barisan pelakon.

Adrian menjelaskan, dia berminat untuk menghasilkan filem ketenteraan kerana melihat kepentingan mengangkat kisah benar di sebalik perjuangan wira negara yang terlibat.

“Selepas Paskal The Movie, saya memang tertarik untuk menyampaikan cerita kisah benar tentang Angkatan Tentera Malaysia.

Barisan 14 pelakon utama iaitu (berdiri dari kiri) Adlin, Bront, Hairul, Shaheizy, Zahiril, Gambit, (duduk dari kiri) Syazwan, Dafi, Iedil, Safwan, Taufiq, Nafiez, Theeban dan Ikhram.

“Sudah semestinya penglibatan tentera kita di Perang Mogadishu menjadi inspirasi kerana ia adalah misi paling berjaya dan diketahui umum.

“Saya bersyukur diberi peluang untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi di sana kepada penonton tanah air,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Malbatt Misi Bakara bakal dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Filem ini adalah kisah benar tentang operasi membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam peperangan saudara di Somalia.

Produksi Malbatt Misi Bakara baru saja tamat penggambaran pada Jun lalu dan tayangan dijadualkan sempena Hari Merdeka 2023.

Sebagai rekod, kisah sama pernah difilemkan oleh industri Hollywood menerusi Black Hawk Down, namun kali ini ia dihasilkan dari sudut perspektif berbeza.

Antara barisan pelakon yang terbabit ialah Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Putra, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Arwan Umar. – BOOM!

Previous Post

Dikait Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Jawab Daiyan – “Sebenarnya Saya Sedih Bila…”

Next Post

Remaja Dicabul PU | Amani Sah Milik CEO | Zahiril Diminta Buat Seks | Filem Termahal

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd