Anggota BTS, V sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya apabila mencuri tumpuan di Amerika Syarikat selepas membuat lontaran pertama (ceremonial first pitch) di perlawanan Major League Baseball (MLB).
Pada 26 Ogos lalu (KST), V tampil di Dodger Stadium, Los Angeles untuk memulakan perlawanan antara LA Dodgers dan Cincinnati Reds.

Mengenakan jersi Dodgers, V disambut sorakan gemuruh penonton sebelum melepaskan lontaran bergaya sambil lagu BTS MIC Drop berkumandang di seluruh stadium.
Lebih mencuri perhatian, kehadiran V turut memberi impak besar kepada jualan tiket.
Platform penjualan tiket terkenal, StubHub melaporkan lonjakan lebih lima kali ganda selepas pengumuman bahawa V bakal muncul sebagai pelontar pertama.
Malah, sistem mereka sempat mengalami gangguan akibat trafik luar biasa daripada peminat.
Fenomena itu bukan sahaja menyatukan peminat K-pop dan peminat sukan, malah sekali lagi mengesahkan kekuatan jenama global V.

Selain muzik, bintang kelahiran Korea Selatan itu kini menjadi wajah untuk jenama fesyen mewah, kempen minuman global dan pelbagai jenama gaya hidup premium.
Sementara itu, BTS sedang merancang untuk kembali sebagai satu kumpulan penuh pada musim bunga 2026, disusuli dengan jelajah dunia berskala besar. – BOOM!










