Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

‘Fear Of Missing Out’ Boleh Beri Impak Positif Dalam Era Digital – Fahmi

20/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Hiburan
‘Fear Of Missing Out’ Boleh Beri Impak Positif Dalam Era Digital – Fahmi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

‘Fear of Missing Out’ (FOMO) atau rasa bimbang kerana menganggap diri telah ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding orang lain yang kerap kali dianggap sebagai sesuatu yang negatif, sebenarnya boleh juga dilihat dari sudut positif, terutamanya dalam mengharungi kepesatan era digital hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata apabila seseorang mempunyai perasaan FOMO, mereka akan lebih cenderung untuk cepat bertindak mencari maklumat mengenai sesuatu perkara, sekali gus menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap isu-isu semasa yang penting.

BERNAMA - 'FEAR OF MISSING OUT' BOLEH BERI IMPAK POSITIF DALAM ERA DIGITAL - FAHMI

Mengambil contoh pengalaman peribadinya ketika bermulanya wabak COVID-19, Fahmi berkata ketika itu beliau berada di London dan terbaca berita mengenai ‘penyakit tidak dikenali’ muncul di Wuhan, China.

“Bagi saya kalau kita tak jadi terlalu ‘obsess’ (taksub), itu boleh kita anggap sebagai yang positif. Kalau kita tahu apa yang sedang berlaku sekarang, sekurang-kurangnya kita tahu, kalau benda itu bahaya contohnya COVID-19. Kalau orang yang FOMO, dia akan cepat-cepat nak tahu ini wabak apa.

“Bagi saya kalau kita jadi tak terlalu obses, itu adalah benda yang boleh kita anggap sebagai positif,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program ‘Ini Kopi Kita – Sembang Anak Malaysia’ dengan topik FOMO terbitan Jabatan Penerangan (JaPen) yang disiarkan di Facebook rasminya hari ini.

Selebriti dan usahawan terkenal Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura turut menjadi tetamu dalam episod pertama program sembang santai
yang berlangsung kira-kira 30 minit itu.

Program bual bicara enam episod berdurasi 30 hingga 45 minit itu terbahagi kepada tiga segmen utama – Tentang Kita, Korang Tanya dan Slot Richiamo dengan kerjasama JaPen bersama-sama Jabatan Pendidikan Tinggi dan Richiamo Coffee Sdn Bhd.

FOMO' boleh beri impak positif dalam era digital

FOMO adalah perasaan yang banyak dialami orang ramai terutama generasi muda yang digambarkan sebagai perasaan tidak ingin tertinggal atau takut tertinggal trend terbaharu, dan antara pencetus FOMO adalah hantaran (posting) dan kemas kini oleh orang lain di media sosial.

Istilah FOMO pertama kali diperkenalkan oleh Patrick J. McGinnis, seorang penulis dari Amerika Syarikat pada 2004 dan sering digunakan sejak 2010.

Bagaimanapun, Fahmi berkata perasaan takut tertinggal juga boleh menjurus kepada keadaan negatif pada kesihatan mental seperti menimbulkan perasaan
ketegangan diri hingga depresi.

Sehubungan itu beliau menegaskan penting untuk mengetahui batasan penggunaan media sosial dan alat telekomunikasi (gadget), serta mempunyai nilai jati diri daripada terikut-ikut dengan trend atau gaya mewah dipaparkan oleh sesetengah pempengaruh yang belum tentu keasliannya, mungkin disebarkan demi ‘content’ (kandungan) semata-mata.

Fear of Missing Out' boleh beri impak positif dalam era digital - YouTube

Mengulas mengenai individu yang mempunyai perasaan ‘Joy of Missing Out’ (JOMO) terhadap sesetengah perkara terutamanya dalam isu Palestin, Fahmi berkata seseorang itu tidak boleh berdiam atau bersikap neutral dalam sesetengah perkara kerana ia seolah-seolah menunjukkan mereka bersetuju dan menghalalkan apa yang berlaku di Palestin sejak 7 Okt tahun lepas.

“Saya ingat lagi semasa konflik (Israel-Palestin) ini bermula, ramai pemimpin barat yang memihak kepada Israel, tapi kerajaan melalui Menteri Luar, Perdana Menteri, dalam banyak interaksi (bersama-sama) pemimpin-pemimpin negara lain, alhamdulillah dalam tempoh beberapa bulan, banyak negara-negara ini berubah pandangan.

“Kalau kita tidak lakukan, siapa yang akan lakukan. Kalau tidak ada siapa yang lakukan maka kita semua bagi saya terjerumus dalam satu gaung, bagi saya itu
sesuatu yang buruk. Kita perlu lakukan sesuatu,” katanya.

Sementara itu, Fazura yang turut senada berkata media sosial perlu digunakan secara berhemah dan aspek keselamatan perlu diambil kira dengan tidak
sembarangan memuat naik kandungan kehidupan peribadi yang dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan.

“Jadilah penyumbang, apa sahaja hantara kita itu, biarlah yang penting. Jadilah penyumbang positif, keamanan, jangan jadi penyebab (kepada) perbalahan, kita kena buat yang baik. Kawal diri dan fikir banyak kali sebelum buat hantaran di media sosial,” katanya. – JURNAL

Sumber: BERNAMA

Previous Post

Jamal Abdillah Tarik Diri AJL38 | Stacy ‘Bunga Matahari’ Juara TMSM4 | Baby Shima Kesal Dikecam

Next Post

“Saya Seperti Gelas Kosong, Inilah Fasa Baharu Dalam Hidup” – Mawar Rashid

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ucapan Sweet Karel Susanteo Buat Anna Jobling Sempena Hari Jadi Curi Perhatian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Peserta The Masked Singer Malaysia (Musim 3) Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bintang Program Realiti, Li Ji Han Antara 150 Mangsa Korban Parti Halloween Itaewon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dicop Sengaja Tunjuk Buntut, Janna Nick Jelaskan Hal Sebenar – “Bukan Saja Nak Tayang!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Jawa, Kira Melayu Juga Ke?” – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Viners Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sydney Sweeney Berdepan Tindakan Undang-Undang Gantung Coli Di Papan Tanda Hollywood

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd