Aktor popular, Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, di Hong Kong Disneyland, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram dan Threads, Fattah memuat naik beberapa foto Fatima yang kelihatan comel mengenakan gaun biru watak animasi terkenal Frozen, Elsa.
Fatima turut dilihat ceria bersiar-siar di taman tema itu bersama sepupunya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang tumpang gembira melihat Fattah meluangkan masa berkualiti bersama anak kesayangannya.
Sekadar info, Fattah dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada Oktober 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Fatima yang kini berusia lima tahun. – BOOM!
Sumber: Instagram Fattah Amin










