Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Fasha Sandha Tidak Putus-putus Terima Tawaran Kerja, Anggap Rezeki Tuah Keluarga

29/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Fasha Sandha Tidak Putus-putus Terima Tawaran Kerja, Anggap Rezeki Tuah Keluarga

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Tidak putus-putus menerima tawaran kerja, aktres Fasha Sandha, 40, menganggap rezeki yang diperolehnya adalah tuah daripada keluarganya.

Dikenali sebagai antara pelakon berdisiplin, bintang filem Cicak-Man ini juga percaya sikap itu rahsia kejayaannya untuk terus bertahan dalam karier seni.

“Alhamdulillah, ini semua rezeki anak-anak dan suami. Saya tak sangka masih bertahan sehingga hari ini dan masih menerima tawaran lakonan… rasanya kerana disiplin juga saya berada pada tahap ini.

“Saya juga akan mendidik adik saya, Elisya Sandha (aktres) untuk membuat perkara sama (mengamalkan disiplin),” katanya selepas melancarkan pembukaan cawangan baharu ALFARO Exclusive di sini baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan kerjayanya itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya matanya.

“Paling penting, suami isteri kena tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas. Pastikan makan pakai semua tersedia.

“Sesibuk mana pun kita, jangan pernah melupakan apa isteri (patut) lakukan. Bukanlah nak kata saya sempurna atau wanita solehah, tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu yang baik,” katanya.

Fasha Sandha (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran pembukaan AL FARO Exclusive, baru-baru ini. Foto Bernama

Berkongsi kerjasamanya dengan ALFARO, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini bersyukur diberikan kepercayaan menjadi duta kepada jenama berkenaan selama dua tahun.

“Alhamdulillah, saya teruja menjadi sebahagian daripada keluarga ALFARO. Setiap rekaan baju ALFARO sangat cantik dan eksklusif manakala harga pula berpatutan,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri 50 episod berjudul Malang Si Puteri bermula 11 Mac ini.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ALFARO Farooq Ahmed Khan berkata pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana komitmen dan disiplin yang tinggi sekali gus mampu memberi pengaruh besar kepada impak perniagaan mereka.

“Kehadiran dia boleh membantu memberi hasil jualan lebih daripada jangkaan sasaran kami,” katanya yang menyasarkan jualan sehingga RM5 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya tahun ini.

Fasha Sandha, 40, bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan AL FARO Exclusive, baru-baru ini. Foto Bernama

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, jenama pakaian itu menawarkan 150 rekaan abaya dan 95 rekaan baju kurung dan moden pada harga RM19 hingga RM199 selain 33 rekaan beg tangan pada harga RM139.

“Kali ini, kita fokus kepada penggunaan kain broked dan kain nida, yang semuanya dijahit sendiri di kilang kami di Dubai. Komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah terbaik,” katanya.

Sebelum ini, ALFARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara, tahun lepas. – BOOM!

Sumber: SINAR HARIAN

Previous Post

Ella Kongsi Fasa Menopaus, Kepentingan Jaga Kesihatan

Next Post

‘Takdir Itu Milik Aku’ Adalah Hasil Kerja Sangat Berbaloi – Liza Hanim

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd