Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Erra Fazira Didakwa Sudah Bernikah Dengan Jutawan, Pengurus Tampil Dedah Cerita Sebenar

10/12/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Selebriti
Erra Fazira Didakwa Sudah Bernikah Dengan Jutawan, Pengurus Tampil Dedah Cerita Sebenar

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Nama selebriti terkenal Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.

Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.

Lelaki yang menjadi isu hangat bersama Erra Fazira.

Turut berada di samping aktres dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.

“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.

Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra iaitu Firdaus Faizal menegaskan bahawa berita yang tersebar itu adalah tidak benar.

Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.

“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.

Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.

Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.

“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.

Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.

Erra menafikan semua kenyataan bahawa beliau berkahwin bersama seorang jutawan.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.

“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?

“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. – BOOM!

Sumber: Kosmo! Online

Previous Post

“Bukan Sekali, Tapi Dah Tiga Kali!” – Baby Shima Bengang Penganjur Guna Gambar Tanpa Izin

Next Post

Putus Kerana Penjara | Shuib Cari Kembar | Pengerusi Finas Dipecat | Erra Kahwin Jutawan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd