Pelakon terkenal Diana Danielle mendedahkan bahawa dia kini memilih untuk tidak lagi berhubung dengan bekas suaminya, Farid Kamil, selepas mereka berpisah.
Memetik laporan Utusan, keputusan itu diambil demi menjaga kestabilan emosi dirinya serta memberi ruang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai ibu tunggal.

“Saya lebih selesa kalau Farid terus berkomunikasi dengan anak-anak sahaja,” jelas Diana.
Diana turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghalang sebarang pertemuan antara Farid dan anak-anak, malah memberi kelonggaran sepenuhnya dalam soal itu.
“Dia boleh terus tanya anak-anak kalau nak buat sesuatu bersama.
Saya tak pernah sekat masa perjumpaan,” tegas Diana.
Mengulas tentang kenyataannya dalam satu episod podcast yang tular baru-baru ini, Diana berkata dia hanya berkongsi pengalaman hidup sebagai anak seni dan bukan bertujuan untuk mengungkit kisah lama. – BOOM!









