Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Enggan Kisah Hidup Jadi Bahan Jenaka, Sean Lee Pilih Rahsiakan Kehidupan Peribadi

23/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Enggan Kisah Hidup Jadi Bahan Jenaka, Sean Lee Pilih Rahsiakan Kehidupan Peribadi

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bergelar selebriti pastinya bukan satu kerjaya yang mudah dipikul. Sebaliknya ada banyak ujian dan cabaran yang perlu ditempuh.

Jadi, tidak hairan kenapa pelakon dan pengacara, Sean Lee, 30, lebih selesa merahsiakan kehidupan peribadi daripada pengetahuan orang ramai.

Katanya, dia enggan kisah hidupnya menjadi bahan jenaka atau mengundang kecaman.

“Bukan saya tak berbangga dengan apa yang ada dalam hidup, tapi saya mahu simpan untuk diri sendiri.

“Saya rasa tiada keperluan untuk saya ceritakan semua perkara kepada seluruh dunia.

“Ini kerana, ada perkara yang dikongsi kadangkala tidak dihargai. Lagipun orang tak kisah dan mereka hanya mahu bercakap mengenainya sahaja.

“Saya tak mahu kehidupan peribadi dipermainkan, jadi lebih baik orang luar jangan masuk campur mengenainya. Kalau orang mahu tahu dan saya mahu berkongsi, itu tiada masalah,” katanya.

Malaysian actor Sean Lee working to expand his resume to include writing, directing and running a cafe | The Star

Ditanya mengenai status kehidupan peribadinya, Sean enggan menjawab sama ada dia sudah mempunyai teman istimewa.

“Berkenaan status saya, itu saya serahkan kepada kalian untuk mencarinya.

“Cuma saya akui ada perancangan nak kahwin. Dari muda memang rancang nak kahwin awal, tapi kena lihat dulu.

“Kalau ada rezeki dan semuanya berjalan lancar, saya akan teruskan.

“Tak tahu lagi sama ada tahun ini atau tidak, kena lihat dulu sebab banyak perkara berlaku dalam hidup saya ketika ini. Jadi, saya perlu menyusun satu persatu,” katanya.

Tidak meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga, Sean sebaliknya menyerahkan soal itu kepada takdir.

Sean Lee tak nak dilabel 'tapau' semua benda - Kosmo Digital

“Saya tak mampu mengawal soal itu dan biar Tuhan tentukan apa yang terbaik untuk saya.

“Sebagai insan yang banyak kelemahan saya cuma mahu buat yang terbaik untuk hidup saya seperti jaga kesihatan dan menikmati kehidupan dengan tenang,” kata Sean yang bakal bertindak sebagai hos program Anugerah Gempak Most Wanted.

Dia akan bergandingan dengan Amelia Henderson, Zizan Razak dan Sherry Alhadad pada acara yang dijadual disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 Februari depan. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Shukri Yahya Mohon Maaf, Akui Kesilapan Diri Lakukan Babak Separuh Lucah

Next Post

Mamat Exist Didakwa Miliki, Guna Dadah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd