Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Emak Dah Hilang Kata-kata…Jujur, Mak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshila Lagi…” – Fauziah Sarman

13/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
“Emak Dah Hilang Kata-kata…Jujur, Mak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshila Lagi…” – Fauziah Sarman

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman menitip pesanan buat anak sulungnya itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Fauziah berkata, setelah apa yang berlaku dua tiga hari kebelakangan ini, dia seperti tidak lagi mengenali siapa Shila atau Nurshahila Amir Amzah.

“Untuk anakku Nurshahila yang telah emak kandung dalam rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.

“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.

Kredit foto: MStar

“Jujur, mak sudah tidak kenal siapa Nurshahila lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik,” katanya.

Terdahulu berlaku perang di antara anak-anak Fauziah di media sosial dan mengundang perhatian ramai.

Sementara itu Fauziah dalam hantaran sama berkata, selama ini dia telah mencurahkan perhatian sama rata kepada setiap anak-anak tanpa pilih kasih.

“Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini.

“Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya,” ujarnya.

Membalas kepada dakwaan menantunya Ubai, Fauziah menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya memaksa Shila bekerja sejak usianya kecil.

Wanita terbabit turut menepis kenyataan kononnya dia memeras keringat dan menggunakan hasil titik peluh penyanyi Patah Seribu itu demi menanggung seisi keluarga.

“Nurshahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan.

“Mungkin, apa yang mak korbankan ke sana sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu. Mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ.

“Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak,” ulasnya.

Menurut Fauziah lagi, segala jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya sudah diketahui sendiri oleh Shila.

“Apakah lupa emak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?

“Hingga duit tu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk berkerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya,” tulisnya panjang lebar yang status yang sudahpun dipadam menerusi Instagram. – BOOM!

Previous Post

Adik Shila Amzah Dakwa Rumah Pusaka | Nak Kahwinkan Anak, Zarina Zainuddin Dituduh Penting Diri | Trend Nirmala, Uqasha Kamal Dikecam

Next Post

“Terima Kasih Kami Sudah Terima Duit Daripada Astro” – Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kalau Tak Sensasi, Siapa Nak Tonton? – Captain Syers Tak Takut Berdepan Makian Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Tolak Tawaran Setengah Juta Buka Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlintas Buka Tudung, Kilafairy Syukur Terus Istiqomah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd