Pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein mengambil sikap positif selepas mendakwa beberapa kontrak kerja tiba-tiba ditamatkan sebaik beliau berhijrah dan mula bertudung.

Menurut Elly, selepas menukar imej, beliau bersedia untuk terus tabah menghadapi realiti hidup, walaupun berdepan pelbagai dugaan dalam kerjaya.
“Seperti biasa, kita semua kena bayar bil. Jadi timbul perasaan risau,”
katanya di media sosial.

Kenyataan itu dibanjiri dengan ratusan komen peminat yang rata-ratanya meluahkan sokongan dan doa agar Elly terus beristiqamah dalam penghijrahannya.
Antara komen peminat:
“Alhamdulillah. Semoga terus beristiqamah Kak. InshaAllah moga Allah permudahkan perjalanan penghijrahan akak.”
“MasyaAllah, saya support Kak Ina pakai tudung… makin lawa sangat… teruskan.”

Difahamkan, Elly Mazlein membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas mengikuti perkembangan Global Sumud Flotilla, yang banyak membuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.
— Boom!










