Pelakon dan pelawak terkenal Ellen DeGeneres telah kembali kepada rambut perang muda ikoniknya selepas setahun mencuba dengan warna rambut lain.

Pada 27 Disember 2025, Ellen, 67, dilihat di Montecito, California, berjalan bersama isteri, Portia de Rossi, sambil mempamerkan potongan rambut berwarna perang muda platinum yang lebih panjang dan bergaya, berbeza daripada tampilan gelap yang pernah digunakannya sebelum ini.
People melaporkan, sebelum ini, selepas berpindah ke United Kingdom pada November 2024, Ellen pernah muncul dengan rambut kelabu dan coklat gelap, yang menjadi perubahan drastik daripada penampilan klasiknya.

Kini, Ellen kembali kepada warna perang muda yang dianggap sebagai simbol gaya peribadi yang rapat dengan imejnya selama bertahun‑tahun di dunia hiburan.

Penampilan Ellen kali ini turut mengingatkan peminat kepada era ketika dia menjadi hos rancangan bual bicara popular yang menghiburkan jutaan penonton selama hampir dua dekad.

Walaupun telah berpindah ke luar negara bersama Portia dan menjalani kehidupan lebih santai, perubahan gaya rambut barunya itu mencuri perhatian ramai yang teruja melihat ikon televisyen ini kembali kepada salah satu ciri penampilan yang paling dikenali. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



