Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Eh, Dah Tak Pelat” – Han Byul Hasilkan Single Dwibahasa Melayu-Korea Terbaharu

29/05/2022
Cik Meluroleh Cik Melur
in Ekstra, Global, Selebriti
“Eh, Dah Tak Pelat” – Han Byul Hasilkan Single Dwibahasa Melayu-Korea Terbaharu

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Oppa nombor satu negara, Han Byul, kembali mengubati rindu peminat-peminatnya dengan single baharu, balada dwibahasa Melayu-Korea berjudul Bukan Milikmu hasil ciptaan penyanyi dan penggubah lagu popular, Hazama Azmi bersama komposer terkenal, Omar K.

Ujarnya, idea bekerjasama dengan Hazama tercetus ketika mereka sedang melakukan penggambaran sebuah telemovie pada bulan Mei tahun lepas.

Bukan Milikmu nyanyian Han Byul merupakan nukilan Hazama dan Omar K.

“Hazama menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu dan setelah mendengar beberapa demo, hati saya terus terpaut dengan ciptaannya ini.

“Selain itu, lagu ini tidak mengambil masa lama untuk dirakamkan, hanya sejam sahaja, manakala proses adunan dan mastering pula memakan masa selama dua minggu.

“Menariknya, saya turut menyelitkan beberapa bait lirik dalam bahasa Korea yang disesuaikan dengan cara nyanyian ala Korea bagi menambah ‘feel’ terhadap karya ini,” jelas pemilik nama sebenar Jang Han-byul.

Penyanyi kelahiran Korea Selatan yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Lecturerku Oppa untuk siaran WeTV itu turut menjelaskan, Bukan Milikmu dirakamkan pada tahun lepas, namun pelancarannya tertunda dek pandemik.

Han Byul semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Bukan Milikmu merupakan sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang keinginan seorang lelaki yang mendambakan cinta daripada kekasihnya yang merupakan segala-segalanya bagi dirinya tetapi perasaan itu diracuni oleh pelbagai emosi yang yang menyakitkan.

Lagu terbitan Warner Music Malaysia tersebut bernuansa teatrikal dan sarat dengan elemen muzik seperti OST drama Korea dan diyakini membuai perasaan.

Lagu Bukan Milikmu dipertaruhkan dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Korea.

Han Byul yang mula dikenali ramai di Malaysia sejak menjadi juara Big Stage 2019 berkata, walaupun dia memulakan karier di negara asalnya lebih sedekad lalu menerusi kumpulan K-pop, Led Apple, dia menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya.

“Walaupun saya mempunyai peminat di serata dunia, hati saya tetap di sini kerana sokongan peminat Malaysia (Twinklers) sangat mengharukan dan merekalah penyebab terbesar saya ingin mempelajari lebih banyak tentang bahasa dan budaya,” ujarnya yang semakin fasih cakap Melayu.

Menjengah ke ruangan komen Youtube, ramai yang kagum dengan cara nyanyian Han Byul yang disifatkan semakin hilang pelatnya selain suaranya yang lunak.

Antara respons daripada pendengar single terkini Han Byul yang terdapat di YouTube.

“Wow, suara oppa Han Byul makin sedap. Sebutan bahasa Melayu pun bertambah bagus!” komen mereka.

Bukan Milikmu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – BOOM!

Previous Post

Hamil Tiga Bulan, Rafidah Ibrahim Alami Pendarahan, Dijangkiti Virus Covid-19

Next Post

“Kami Pun Tak Sangka” – Selepas Hael, Dolla Bakal Berkolaborasi Dengan Naim Daniel

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd