Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dua Dekad Di Persada Muzik, Ruffedge Hadiahkan Peminat Konsert Jelajah Malaysia Dan Singapura

25/04/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Konsert, Musik, Selebriti
Dua Dekad Di Persada Muzik, Ruffedge Hadiahkan Peminat Konsert Jelajah Malaysia Dan Singapura

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Kumpulan vokal R&B bertaraf legenda dianggotai oleh Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain, iaitu Ruffedge, bakal mengadakan siri konsert jelajah Malaysia dan Singapura.

Konsert RUFFERA ‘That Moment In Time’ anjuran YOLO Malaysia itu bakal bermula Jun hingga Ogos 2023 ini.

Mewakili Rugfedge, Cat Farish berkata, konsert tersebut bakal mengimbau kenangan lalu dan kejayaan kumpulan mereka kekal relevan.

“Konsert ini bukan sahaja mengimbau kenangan lalu, tetapi bagaimana muzik kami berjaya merentasi masa dan kekal relevan sehingga kini.

“Sesetengah lagu tetap kekal ‘evergreen’ tidak kira bila mendengarnya, terutamanya sekarang dengan susuan muzik yang baharu, anda dapat merasai momen itu.

“Selain itu, konsert ini juga bertujuan mempromosikan album baharu Ruffedge yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Dan pastinya menyambut baik permintaan para penyokong yang mahukan Ruffedge mengadakan konsert semula,” katanya.

Mengulas mengenai lagu-lagu yang bakal dipersembahkan Cat menjanjikan suntikan segar di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor negara.

“Dijangka durasi konsert akan berlangsung selama 2 jam dengan nyanyian lagu-lagu hit kami, beserta susunan muzik yang baharu dan lebih segar di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor negara.

“Jadi alami sendiri pengalaman evolusi masa melalui muzik dengan visual khas, dan jangan lupa mendapatkan tiket konsert apabila penjualan mula dibuka,” tambahnya.

Seorang lagi anggota Ruffedge, Sein pula berkata mereka sudah bersedia untuk menghiburkan para peminat.

“Kami sudah bersedia untuk menghiburkan penggemar muzik R&B dan hip-hop dengan siri jelajah konsert ini.

“Setakat ini, Ruffedge masih lagi dalam proses membuat persediaan rapi bagi memastikan siri jelajah konsert berjalan dengan lancar.

“Kami sedang giat menjalankan latihan di studio demi memberikan kepuasan maksimal buat penonton yang bakal hadir di konsert nanti,” katanya teruja.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah berkata, konsert kali ini merupakan kolaborasi kedua mereka bersama Ruffedge.

“Bermula pada tahun 2020, ketika negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, YOLO Malaysia dan Ruffedege sudah mula bergabung dalam menganjurkan konsert atas talian dengan sambutan yang memberangsangkan.

“Ini adalah kolaborasi kedua Ruffedge bersama YOLO Malaysia, jika dahulu konsert mereka diadakan hanya secara maya melalui aplikasi zoom ketika berlakunya pandemik, kini peminat berpeluang menyaksikan mereka beraksi secara ‘live’ di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Sementara itu Pengasas YOLO Asia, Ib Harun pula percaya Ruffedge masih mampu membawakan persembahan yang menarik.

“Hubungan dua hala ini bertitik tolak dari zaman pandemik lagi, kami percaya Ruffedge masih mampu membawakan persembahan yang menarik sukar untuk dilepaskan oleh peminat, dengan lagu- lagu hit mereka dan beberapa lagu baharu,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 1997, Ruffedge mula dikenali ramai setelah menjuarai pertandingan ‘Sony Battery Face On Talent Search’ pada tahun 1999.

Kemudian, kumpulan ini telah menghasilkan pelbagai lagu hit seperti ‘Bila Rindu’, ‘Khayalan’, ‘Lemas’, ‘Tipah Tertipu’ dan banyak lagi.

Ruffedge turut melahirkan 3 album studio dan 2 album kompilasi, selain memenangi anugerah Artis Harapan Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003, dan pernah menjadi finalis di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun 2004.

Bagi yang berminat, tiket-tiket akan mula dijual pada 20 April 2023 untuk penduduk Singapura, maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge serta yoloasia.com. – BOOM!

Previous Post

Asyik Ulang Alik Dari KL Ke UK, Iris Leona Tepis Dakwaan Anak Manja – “Semuanya Guna Wang Sendiri”

Next Post

Tolak Permintaan Buat Seks Ketika Puasa, Isteri Dedah Penyanyi Langgan Pelacur Demi Puaskan Nafsu

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd