Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Fizi Ali Tuntut Hak Penjagaan Kekal

22/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Dua Bulan Tak Jumpa Anak, Fizi Ali Tuntut Hak Penjagaan Kekal

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Konflik antara penyampai Hot FM, Fizi Ali dengan bekas isterinya, Shakila Khoriri memasuki episod baharu apabila keduanya hadir Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam, di sini bagi sebutan sebutan kes hak penjagaan (hadanah) anak mereka, Ameena Sofia.

Fizi yang ditemui media selepas prosiding tersebut memaklumkan tuntutan itu dibuat bagi memastikan dia mendapat hak penjagaan sama rata ke atas anaknya itu.

“Kami sewaktu prosiding tadi telah berbincang, bagaimanapun tiada persetujuan dicapai. Dia (Shakila) tidak bersetuju dengan permintaan saya.

“Kalau boleh saya nak perkara ini selesai hari ini kerana saya sudah tak larat begini. Saya sangat merindukan Ameena, sudah dua bulan tak jumpa dia, itu adalah tempoh paling lama saya tak bertemu dia.

“Anak perlukan mak dan bapanya. Kalau sebelum ini perbincangan dibuat, perkara ini tidak akan menjadi masalah. Tapi ia sukar dibuat. Sebab itu saya ambil jalan undang-undang untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Dua bulan tak jumpa anak, Fizi Ali tuntut hak penjagaan kekal - Utusan Malaysia

Fizi atau nama penuhnya Mohd. Hafizudin Alimundin, 34, diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin.

Turut hadir adalah isterinya, Siti Zulaikha, 31.

Dalam pada itu, Fizi menepis dakwaan Shakila yang kononnya dia mengabaikan tanggungjawab untuk berjumpa Ameena.

Katanya, dakwaan itu tidak benar malah usaha tersebut (berjumpa anak) terkubur selepas beberapa kali dihalang.

“Saya ada ke sekolah Ameena, tapi cikgunya tak benarkan saya berjumpa dia. Banyak yang saya telah buat dan semua ini akan saya jelaskan di mahkamah nanti.

“Kalau ikutkan memang saya boleh pergi di mana Ameena berada dan ambil dia. Tapi kita ada undang-undang. Saya tak mahu didakwa kerana mencoroboh dan sebagainya. Itu tak perlu berlaku.

“Saya cuma mahukan hak penjagaan anak sama rata, tak pernah berniat untuk rebutkan anak. Saya cuma mahu Ameena dapat kasih sayang ibu dan ayahnya,” jelasnya.

VIDEO] 'Anak tak jumpa Fizi sebab ada campur tangan isteri dia' - Kosmo Digital

Sementara itu, peguam Norhusni mengesahkan bahawa tuntutan yang dibuat Fizi adalah hadanah kekal bagi mendapatkan hak lawatan Ameena.

Katanya prosiding seterusnya akan dijalankan pada 22 Februari depan iaitu sesi sebutan di hadapan pendaftar kes berkenaan.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakila pada 18 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena.

Namun perkahwinan mereka sekadar bertahan selama tiga tahun apabila keduanya memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021.

Fizi pada 23 Oktober tahun lalu mengumumkan perkahwinannya dengan Zulaikha yang merupakan rakan perniagaannya. – BOOM!

Sumber: UTUSAN

Previous Post

Tayang Leher, Fesyen Tudung Hawa Rizwana Buat Peminat Risau

Next Post

“Tak Mampu Nak Bangun Dan Panas Dalam…” – Wawa Zainal Muntah Darah, Kurang Rehat Sebelum Tunai Umrah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd