Berita gembira buat peminat dunia hiburan apabila vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 21 November lalu.

Bayi perempuan itu diberi nama Tara Svara.
Kelahiran tersebut menjadi fasa terindah dalam rumah tangga pasangan yang berkahwin sejak 2023 itu.

Noh berkongsi momen paling bermakna itu melalui hantaran di Instagram malam tadi.
Beliau memuat naik imej isterinya selepas bersalin bersama kapsyen penuh tanda kesyukuran.
“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahwa hanya Allah Yang Maha Esa dan Dia menentukan masa yang sempurna… Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna,” katanya.
Noh turut menzahirkan ucapan terima kasih atas doa keluarga, sahabat dan para peminat.

Noh menyatakan mereka memasuki fasa baharu sebagai ibu bapa dan memohon doa agar keluarga kecil mereka sentiasa dilindungi Allah.
“Sebuah fasa baru untuk kami… Doakan aku, Athira dan Tara Svara,” ujar Noh lagi. -Boom!









