Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dituduh Tidak Sensitif Isu Palestin Kerana Adakan Konsert, Wings Ada Cara Sendiri Tunjuk Solidariti

02/11/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
Dituduh Tidak Sensitif Isu Palestin Kerana Adakan Konsert, Wings Ada Cara Sendiri Tunjuk Solidariti

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dituduh tidak sensitif terhadap isu Palestin kerana bakal mengadakan konsert, kumpulan rock legenda Wings, mempunyai alasan tersendiri.

Vokalisnya, Datuk Awie berkata, menyanyi merupakan pekerjaan mereka dan ia perlu diteruskan untuk kelangsungan hidup.

Namun, itu tidak bermakna Wings lupa pada penderitaan ditanggung rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis.

“Ada yang pertikaikan Palestin berperang, tapi kami masih sibuk menyanyi dan berhibur. Habis kalau tak menyanyi nak makan apa? Siapa nak beri makan anak bini dan tanggung persekolahan?

“Walaupun masih teruskan kehidupan seperti biasa, tapi jiwa kami tetap bersama rakyat Palestin.

“Tak perlu tunggu konsert untuk tunjukkan solidariti. Konsert adalah punca kami cari makan.

“Bagi menunjukkan solidariti, Wings akan menganjurkan satu konvoi ke sebuah negeri antara 13 hingga 15 November depan,” katanya yang ditemui selepas sidang media Konsert Wings: The Rock Emperor, pada Rabu.

Konsert bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Disember depan, sekali gus menjadi acara penutup Wings, tahun ini.

Berkongsi lebih lanjut mengenai acara yang dikenali sebagai Solidariti Wings Motogang Society, Awie berkata, ia bakal membabitkan lebih 300 motosikal daripada komuniti Wings, tetapi mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pemilik motosikal berkuasa besar.

Acara itu bakal diadakan di satu lokasi yang akan diumumkan kelak.

Menurut Awie, aktiviti itu bukanlah mensasarkan untuk meraih kutipan derma, sebaliknya lebih kepada tanda sokongan dan solidariti kepada Palestin.

“Kami tidak fokus pada sumbangan. Apa yang penting, kami nak tunjukkan solidariti dan ini bukan soal duit semata-mata.

“Sebaliknya, kami mahu beramai-ramai melaungkan sokongan pada Palestin, itu lebih afdal dari segala-galanya.

“Lebih ramai lagi baik kerana kami juga
akan adakan solat hajat di sebuah masjid,” katanya.

Mengulas mengenai ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’, ia merupakan anjuran Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik.

Konsert tersebut bakal ‘meluaskan’ kuasa jajahan takluknya di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini. – BOOM!

Previous Post

[V] Erysha Emyra Trauma Kereta Tiba-tiba Terbakar Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja – “Masa Bomba Sampai…”

Next Post

Rupanya ‘Terus Bersinar’ Sebab Hafiz Suip Berambut Hijau

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd