Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, Cik B tampil menjawab sindiran netizen yang mempersoalkan ketidakmampuannya untuk mengupah jurulatih peribadi walaupun mempunyai kemampuan kewangan.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkongsi rutin pemakanan selain menjelaskan bahawa dia mengupah seorang jurulatih dan cef dalam usaha menjaga kesihatan diri.

Cik B menegaskan walaupun tiada foto glamor bersama jurulatih itu, dedikasinya tetap nyata.
“Maaflah ya, gambar tak seberapa, ambil pun sebab nak tunjuk (pada) jurulatih,” katanya di laman Threads.

Beliau turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan jurulatih yang dikenali sebagai Coach Fikry itu.
Pada hantaran lain, Cik B berkongsi pula perbualannya dengan seorang individu lain dipercayai bertanggungjawab menyediakan makanan hariannya.
“Ini tangkap layar saya dengan cef,” katanya.

Perkongsian itu meraih pujian warganet yang menjadikan Cik B inspirasi untuk menurunkan berat badan dengan sihat. -Boom!









