Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dilabel Sebagai Lelaki Yang Cepat ‘Move On’, Fizi Ali Ceritakan Hal Sebenar

26/04/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
Dilabel Sebagai Lelaki Yang Cepat ‘Move On’, Fizi Ali Ceritakan Hal Sebenar

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui bahawa dia sedang mengenali seseorang, namun enggan mendedahkan identiti wanita berkenaan kerana hubungan mereka masih dalam fasa berkawan.

Lantaran itu, netizen segera melabelnya sebagai lelaki yang cepat ‘move on’ biarpun baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri berkeinginan untuk kembali rujuk.

“Saya akui ada mengenali seorang wanita tetapi belum lagi terfikir untuk ke arah yang lebih serius. Hati saya masih kosong. Saya cuma fikir anak, kawan-kawan dan kerja sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Suria FM.

Ditanya tentang soalan untuk kembali hidup bersama sebagai satu keluarga bersama bekas isteri, kata Fizi dia belum bersedia untuk ke arah itu.

“Untuk masa sekarang, saya rasa biarlah begini. Bekas isteri saya pun begitu. Yang penting, kita jaga anak betul-betul daripada jaga hati sendiri. Hati sendiri tolak jauh-jauh dulu. Biar anak dapat kasih sayang daripada ibu dan bapa dia,” katanya.

Tambahnya lagi, jika dia menghubungi bekas isterinya pun, mereka hanya akan bercakap soal anak.

 

Fizi Ali bersama anaknya, Ameena

 

Melihatkan komen-komen di media sosial, ada yang mengatakan bahawa Fizi terlalu cepat untuk ‘move on’ selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Fizi menjawab, dia tidak boleh selamanya berduka kerana pernah melalui fasa yang sukar sewaktu di awal perpisahan.

“Kalau tunggu setahun atau dua tahun pun orang cakap macam tu. Sebenarnya nak kena tunggu berapa lama? Cuma orang tak tahu apa yang kita rasa.

“Contohnya bila anak tiada dengan saya, orang tak tahu kesedihan yang saya alami kerana mereka lihat saya sentiasa ceria di konti gelak-gelak.

“Tetapi sebenarnya dalam hati saya, bila duduk seorang diri, saat itulah paling banyak fikir soal anak.

“Sampai bila saya harus terus duduk dalam kepompong yang sebegitu dan menangis setiap malam. Jujurnya, sewaktu saya baru bercerai, mak saya sampai nak bawa pergi hospital orang gila sebab asyik bercakap seorang-seorang. Saya terbayangkan Ameena berada di sebelah tetapi sebenarnya dia tak ada.

“Waktu itu mak nampak saya dah teruk sangat. Tetapi Alhamdulillah bila mak dah tiupkan kata-kata semangat, barulah saya kembali kuat.

“Antara nasihat yang mak berikan kepada saya ialah kita kalau nak sayang orang biarlah berpada-pada. Baik kita sayang kepada yang tak pernah lupakan kita iaitu Allah,” kongsinya.

 

Fizi Ali mahu fokus membesarkan anaknya

 

Kata Fizi lagi, dia banyak memendam masalahnya seorang diri dan jarang bercerita dengan orang mahupun rakan-rakan kerana merasakan dia mampu untuk mengawal kehidupannya sendiri.

“Cuma kadang-kadang terluah juga perasaan di media sosial. Itu adalah tindakan spontan. Sebab kalau kita tengok zaman dulu ada diari untuk kita tulis dan luahkan perasaan. Media sajalah untuk saya luah perasaan dan kongsi momen indah bersama anak,” ujarnya. – BOOM!

Previous Post

Priyanka, Nick Jonas Pilih Nama Malti Marie Untuk Anak, Bawa Maksud Wangian Bunga

Next Post

Zul Tak Peduli | Adiwira Islam Pertama | Aripah Makin Kritikal | Fizi Ali Dah Move On

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd