Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

20/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Difitnah Lakukan Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Tak Melatah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Heboh dalam media sosial apabila pelakon popular, Emma Maembong didakwa terlibat dengan aktiviti tidak senonoh, ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan untuk tujuan seks.

Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, ketika ditemui  bagaimanapun mengambil pendekatan bertenang dan tidak melatah dengan tuduhan tersebut. Dia enggan melayan gosip yang disifatkan langsung tidak berasas.

Baru Je Beranak, Sekali Emma Maembong Terima Kejutan – Siakap Keli Press

Kata Emma, jika benar dia dan juga suami, Muhammad Shazli Azhar melakukan aktiviti tidak bermoral seperti yang didakwa ramai, sudah tentu namanya akan tular sejak dahulu lagi.

“Orang akan cakap saya macam-macam. Kalau perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya, buat apa saya respons? Saya tidak akan layan pun.

“Saya tidak melatah sebab tuduhan itu memang tidak benar. Kalau betul, dari dulu lagi saya sudah viral (tular),” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengakui sedar namanya dipetik, pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut kerana enggan anak-anaknya terganggu dengan cerita kurang enak itu apabila mereka meningkat dewasa dan sudah pandai membuat carian dalam internet.

Patut Anak Dia Suka Gigit Orang” – Emma Maembong Kongsi Gambar Intim Bersama Suami - XTRA

Bahkan, Emma berkata dirinya sudah ‘kebal’ dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sejak bergelar artis sekitar 12 tahun lalu.

“Saya sudah ada anak. Jadi saya tidak mahu nanti anak saya membesar dan baca berita tidak elok tentang ibu mereka. Kalau perkara kitu benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.

“Banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dulu lagi. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak sebaik mungkin terpalit dengan macam-macam cerita.

“Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya saya dengan fitnah sudah seperti bestfriend (kawan baik),” katanya.

Adui sak!t perut” -Netizen gelak besar lihat gelagat suami Emma Maembong dalam video ini – Siakap Keli Press

Emma yang ditemui semasa majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2, di sini, semalam bagaimanapun berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya fitnah yang dilemparkan kepadanya melampaui batas.

“Saya sebenarnya malas nak layan. Tapi kalau melampau sangat, saya akan ambil tindakan undang-undang.

“Namun bila saya fikir balik, kalau saya saman, mereka ada duit ke nak bayar? Jadi saya tidak mahu isu ini dipanjangkan,” jelasnya.

Biarpun diserang dengan fitnah bertubi-tubi, Emma tetap bersyukur kerana tuduhan tersebut tidak menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, malah masih terjaga dan bahagia.

Suami Kata Nak 4 Boy" Rupanya Emma Maembong Pun Tak Tahu Jantina Anak, Ingatkan Anak Perempuan!

Disoal respons suaminya tentang isu tuduhan tersebut, pelakon drama One Million Voice itu pernah mengingatkan lelaki itu supaya bersedia dengan risiko apabila bernikah dengan seorang wanita berstatus selebriti (pelakon).

“Ketika kami merancang untuk berkahwin, saya cakap terus terang dengan suami, bahawa dia akan bernikah dengan seorang pelakon.

“Bila ada gosip yang tular, jangan cepat melatah. Tapi kadang-kadang dia geram juga, namun saya cakap padanya, jangan balas,” kata Emma.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang artis wanita berkulit putih gebu dan memiliki dua cahaya mata didakwa terlibat dalam aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Emma Maembong hamil anak kedua - MalaysiaPost

Malah, dakwaan tersebut mengatakan ketika artis terbabit sedang hamil lapan bulan, dia telah menawarkan rakannya untuk melakukan seks dengan suaminya. Gara-gara itu, nama Emma dan suami dipetik sebagai individu yang dimaksudkan.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia tiga tahun dan Shakil Aryan Shah, setahun. – BOOM!

Sumber: KOSMO!

Previous Post

Genap 8 Tahun Dalam Bidang Muzik, Amir Masdi Kenang Susah Payah Sebelum Bergelar Penyanyi

Next Post

MIG Menang Rayuan Kes Langgar Kontrak, Hun Haqeem Diminta Bayar Ganti Rugi RM600,000

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd