Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles sedang menyiasat satu dakwaan baru berhubung serangan seksual dilakukan Sean “Diddy” Combs – taikun hip hop yang sedang menjalani hukuman penjara 50 bulan atas sabitan kes pelacuran.

Menurut laporan polis, pada 20 September lalu, seorang penerbit muzik lelaki dan pegawai seranta mendakwa dia dijemput ke satu sesi penggambaran di sebuah gudang di Los Angeles.

Mangsa mendakwa sewaktu sesi penggambaran itu, Combs memaksanya melakukan hubungan seksual tetapi ditolak oleh lelaki terbabit.
“Combs membuka seluarnya dan meminta saya melakukan perbuatan seksual. Saya terlalu malu untuk melaporkan kejadian itu sebelum ini,” katanya dipetik NBC News.
Kejadian itu didakwa berlaku pada akhir 2020.

Susulan itu, Combs membaling kemeja kotor yang dipakainya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh ke arah mangsa.
Pejabat peguam Combs berkata, mogul terbabit menafikan semua tuduhan, menyifatkan ia sebagai palsu dan fitnah.

Laporan polis juga menyebut satu insiden pada Mac 2021, di mana dua lelaki menutup kepala mangsa sebelum Combs memaharinya dengan memanggil “pengkhianat.” –Boom!









