Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Diana Danielle Nafi Minta Cerai Lepas Farid Kamil Denda Aurora Petik Cili Jiran

03/04/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Diana Danielle Nafi Minta Cerai Lepas Farid Kamil Denda Aurora Petik Cili Jiran

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan Farid Kamil kononnya dia memohon penceraian kerana tidak bersetuju tindakan suaminya itu mendenda Aurora kerana memetik cili di rumah jiran.

Diana tidak berdiam diri selepas Farid membuat kenyataan tersebut menerusi program Melodi TV 3, sebaliknya menulis sebuah hantaran panjang di Instagram Story.

Menerusi hantaran tersebut Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, dia membuat permohonan cerai dua hari sebelum insiden berkenaan.

Diana mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang sukar membuat permohonan maaf secara peribadi.

“Siapa kata, insiden petik cili menjadi penyebab saya menuntut cerai? Saya meminta cerai dua hari sebelum berlakunya insiden berkenaan, berterusan sehingga hari insiden petik cili. Dia tahu, bukan tak tahu.

“Saya beritahu dia saya mahu failkan perceraian. Dia kata teruskan, malah suruh saya untuk mempercepatkan. Tetapi sekarang berlakon keliru?

“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan. Insiden petik cili memberi kesan pada Aurora sehingga hari ini, dia takut nak jumpa Farid. Awak mahu memaksa dia hanya untuk membuatkan semua orang gembira?,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Diana menyifatkan insiden terbabit bukanlah perkara kecil sehingga perlu menghubungi pihak polis.

“Dia (Farid) boleh melihat ia sebagai perkara kecil, tetapi kemarahan yang saya nampak pada hari itu tidak kecil.

“Sekiranya kecil, kenapa bila saya menelefon polis untuk mengambil kami dari rumah dan polis mengetuk pintu, dia tidak buka?

“Polis mengetuk selama berjam. Menunggu saya untuk mengambil anak-anak menerusi pintu depan, tetapi sebaliknya kami perlu memanjat sebab dia enggan membuka pintu depan. Kenapa?,” tulis Diana.

Disebabkan insiden dimarahi selepas memetik cili itu, Diana memaklumkan, Aurora masih terkesan sehingga tidak mahu berjumpa dengan bapanya.

“Muhammad tanya sama ada boleh balik raya di Kedah, pagi tadi. Tetapi, apa yang Aurora katakan, dia kata adakah saya perlu pergi?”

“Saya tidak takut, Aurora berusia 8 tahun. Dia boleh bercakap apa yang dia fikirkan. Kalau orang ramai merasakan saya yang menyuruh Aurora bercakap untuk berapa lama?

“Dia mempunyai perasaan dan mengambil masa berminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut nama Farid dan insiden itu,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Diana mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang sukar membuat permohonan maaf secara peribadi.

“Ia menarik apabila sesetengah individu boleh melakukan satu permohonan maaf secara terbuka, tetapi tidak boleh melakukannya secara peribadi.

“Saya tidak meminta apa-apa lagi. Saya takkan meminta apa-apa lagi. Sudah,” tulisnya.

Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

BACA: Tiada Persefahaman, Diana Danielle Tuntut Cerai Terhadap Farid Kamil Kerana Shiqaq

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – BOOM!

Previous Post

“Minta Payment Sendiri, Awesome TV Ibaratkan Kita Anjing Makan Tuan Pula!” – Pengurus Atu Zero

Next Post

[V] Dakwa Disihir Sejak Abam Meninggal Dunia, Hidayah Cari Pakar Perubatan Islam

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd