Blake Lively bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat di Hollywood, tetapi juga sebagai usahawan berjaya. Dengan pelbagai projek lakonan dan perniagaan, bintang Gossip Girl ini dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak $30 juta (RM140 juta) pada tahun 2025, menurut Celebrity Net Worth.
Sepanjang tahun 2024, Blake terus aktif dalam dunia lakonan, termasuk kemunculan dalam Deadpool & Wolverine serta filem If.
Namun, di sebalik kejayaannya, namanya turut menjadi perhatian kerana persengketaan dengan Justin Baldoni, pengarah dan rakan pelakonnya dalam filem It Ends With Us.
Ketegangan antara mereka dikatakan bermula di set penggambaran dan semakin memuncak apabila Blake menuduh Baldoni melakukan gangguan seksual.
Selain lakonan, Blake juga menjana pendapatan melalui perniagaan. Dia memiliki beberapa jenama terkenal, termasuk Betty Buzz, Betty Booze dan Blake Brown Beauty.
Blake juga berkongsi kehidupan mewah bersama suaminya, Ryan Reynolds, yang terkenal dengan peranannya dalam Deadpool dan Green Lantern.
Kekayaan Ryan dianggarkan mencecah $350 juta (RM1.6 bilion) – jauh lebih tinggi daripada Blake. – BOOM!