Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Di Balik Kejayaan Osama Dan Zaki, Sharul Dedah Kisah Sebenar – “Isteri Saya Sampai Sakit!”

08/02/2023
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
Di Balik Kejayaan Osama Dan Zaki, Sharul Dedah Kisah Sebenar – “Isteri Saya Sampai Sakit!”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Di sebalik kejayaan pasangan adik-beradik Osama dan Zaki Yamani menjuarai program realiti Famili Duo musim kedua baru-baru ini, Sharul Kamal menerusi entri di media sosialnya telah mendedahkan sesuatu.

Menerusi hantaran dimuatnaiknya, Sharul menghargai kerja keras ditunjukkan isterinya, Amilin Roszaimi yang menjadi ‘master mind’ dalam setiap persembahan pasangan duo terbabit.

Sharul dan Amy baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Dedah vokalis kumpulan Dunya itu, Amilin atau mesra disapa Amy pernah jatuh sakit dan terpaksa menerima rawatan di hospital dek terlalu komited memastikan segala perancangan mengikut pelan yang dirangka awal.

“Tahniah isteri. Awak layak untuk kecapi saat juara ini. Berhempas pulas setiap minggu fikir, cari konsep dan lagu… senang cerita dari A hingga Z!

“Disebabkan Famili Duo, saya sendiri jadi saksi awak bersengkang mata memerah idea demi mahukan yang terbaik untuk Osama dan Zaki.

“Sampai kena tahan wad gara-gara terlalu bekerja keras demi kejayaan adik-adik awak tu. Waktu awak masuk wad, Tuhan saja tahu perasaan saya,” kongsinya menerusi hantaran di IG Story.

Hubungan Osama (kanan) dan Zaki kembali bertaut di pentas Famili Duo.

Tambahnya lagi, disebabkan komitmen terhadap kerja, mereka juga jarang berjumpa meskipun tinggal sebumbung.

“Ada hari yang kita tidak berjumpa sedangkan satu rumah.

“Saya dengan kerja saya, begitu juga awak. Alhamdulillah, kita masih di landasan yang betul. Faham kerja masing-masing,” ujarnya.

Selain mengucapkan tahniah, Sharul juga memberitahu, isterinya telah berjaya merapatkan semula hubungan kedua-dua anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu.

Persembahan memukau dua anak bujang kepada penyanyi legenda negara ini melayakkan mereka bergelar juara.

“Paling penting sekali awak berjaya buat mereka bersatu. Awak berjaya buat hubungan adik dan abang itu bahagia. Itu paling bermakna,” jelasnya.

Sementara itu, dalam temu bual selepas dinobatkan sebagai juara pada Ahad lalu, Zaki meluahkan rasa syukur kerana Famili Duo telah mengeratkan semula hubungannya bersama Osama yang merupakan abang kandung berlainan ibu. – BOOM!

Previous Post

Jiggy – Dhabitah Bercinta | Pelukan Sissy – Mummy | Yamani Hargai Ibu | Bella Dah Moved On

Next Post

Cuma Dapat RM19.90 Setahun, Najua P Ramlee Tidak Berharap Panjangkan Tempoh Royalti

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Haji Zeel Pengkritik Tegar Saya” – Kayu Atau Tak, Aidit Noh Berserah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Ban Filem Eternal Gara-gara Unsur Gay, Angelina Jolie Luah Kekecewaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Diejek Satelit Gara-gara Telinga Capang” – Afiq Hamidon Tak Kecil Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Tak Nak Silap Lagi” – Tak Fikir Panjang, Danial Chuer Rebut Peluang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Kunjung Kelab Gay, Pengurusan Hael Husaini Ambil Tindakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd