Isteri kepada usahawan kontroversi Jofliam, Emira Delyati Dewi tampil menjelaskan punca sebenar di sebalik perceraiannya dengan bekas suami.
Perkara itu tercetus selepas seorang individu di Threads mendakwa bahawa bekas isteri Jofliam, Cik Epal, menjadi punca kepada pergaduhan antara Dewi dan bekas suaminya.
Dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa lelaki itu telah meninggalkan Dewi selama enam bulan tanpa memberikan nafkah, sekali gus melanggar lafaz taklik perkahwinan mereka.
Dewi mengesahkan kebenaran kenyataan itu, dan memaklumkan bahawa dia tidak pernah bersuara mengenai perkahwinannya sebelum ini kerana ingin menjaga maruah bekas suaminya. Namun, susulan dakwaan yang tular, Dewi mengambil keputusan untuk menjelaskan kedudukan sebenar.
Dalam tindakan lanjut, Dewi memaklumkan bahawa segala bukti berkaitan perkahwinannya seperti mesej dan rakaman audio telah diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
Difahamkan, bekas suami Dewi juga dijangka menjadi salah seorang saksi dalam kes mahkamah yang telah difailkan.
Dewi memilih untuk tidak memburukkan sesiapa, sebaliknya memohon agar semua pihak yang terlibat diberi ketenangan dan kebahagiaan. – BOOM!