Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Demi Gadis Jolobu, Joey Daud Terpaksa Install Instagram Dan TikTok, Ikuti Trend Semasa

23/07/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
Demi Gadis Jolobu, Joey Daud Terpaksa Install Instagram Dan TikTok, Ikuti Trend Semasa

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Hampir tiga dekad bergelar anak seni, pelakon dan pelawak senior, akhirnya baru sekarang Joey Daud terpanggil akaun Instagram dan TikTok bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Gadis Jolobu The Movie.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia akur orang lama sepertinya perlu mengikut aliran semasa supaya terus bertahan dalam industri hiburan tanah air.

“Selepas sekian lama dalam bidang seni, saya tidak menyangka pada usia sekarang akan membuka akaun Instagram dan TikTok.

“Namun saya percaya impak media sosial, babak lakonan dalam filem Gadis Jolobu akan tular di media sosial,” katanya penuh yakin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joey Daud (@joey_daud)

Mengulas lakonan dalam filem genre komedi romantik itu, anak kelahiran Masai, Johor itu berdepan cabaran menjiwai watak yang memerlukannya bertutur dialek Negeri Sembilan dengan slanga ‘S’ di penghujungnya.

“Misalnya, perkataan Apo jadi Apos dan begitulah seterusnya untuk istilah lain,” ujarnya memberi contoh.

Menerusi filem arahan arahan CL Hor itu, Joey bergandingan dengan Datuk Hattan dan Khir Rahman.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem JanGo, Platform Terbaik Pelakon Lokal Mencipta Nama Di Peringkat Global

“Bayangkan, pengarah dan kru adalah 90 peratus bukan berbangsa Melayu dan mereka juga tidak memahami dialek Negeri Sembilan.

“Mujur, Hattan dan ada kru kelahiran Negeri Sembilan memantau dialek dituturkan ketika babak saya di lokasi penggambaran,” katanya.

Namun kata Joey, dia tidak ada masalah untuk mendapatkan keserasian bekerjasama dengan Hattan mahupun Khir.

Antara babak Joey dan Khir Rahman di dalam Gadis Jolobu

“Babak saya banyak dengan Khir kerana watak kami sebagai bujang terlajak yang terlebih dahulu pulang ke kampung selepas sekian lama bekerja di bandar.

“Saya dan Khir sudah banyak kali bekerjasama dalam pelbagai program seperti Muzikal Lawak Superstar, Maharaja Lawak Mega dan kumpulan JanGo. Disebabkan itulah, kami sudah tahu cara masing-masing bekerja.

“Antara perkara melucukan sewaktu babak saya menyanyi, tetapi semua kru ketawa dan turut sama menari,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Gadis Jolobu Angkat Budaya Masyarakat Minangkabau, Dialek Negeri Sembilan

Mengulas kerjasama dengan Hor, Joey berkata, dia selesa bekerja dengan pengarah berbangsa bukan Melayu yang berpengalaman mengarahkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan selama berbelas-belas tahun itu.

Joey di set penggambaran Gadis Jolobu

“Hor memberi kebebasan dan ruang kepada saya berkarya dan menjiwai watak,” katanya.

Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio turut menampilkan anak Hattan iaitu Adam E, Nizam Laksamana dan penampilan bakat baharu serta pengacara Ahirine Ahirudin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Pelakon Lagak Ngeri Wanita, Sekarang Ahirine Ahirudin Dah Jadi Heroin Filem

Menariknya, filem berteraskan dialek Malaysia itu memberi tumpuan pada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Ditanya harapannya terhadap filem itu, Joey berkata, dia gementar menanti maklum balas penonton di pawagam.

“Pelawak adalah satu kerjaya. Bukan mudah menjadi pelawak yang bagus kerana kena banyak menuntut ilmu dengan pelawak hebat.

“Pada masa sama, bukan semua orang suka kita, tetapi saya ikhlas berkarya untuk menghiburkan penonton,” katanya.

Gadis Jolobu dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris yang meraih tontonan hampir 10 juta di YouTube.

Filem berkenaan akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan. – BOOM!

Previous Post

“Mesti Mangsa Tu Seksi Kan?” – Isu Pendakwah Rogol Remaja, Sindiran Baby Shima Dipersoal

Next Post

“Lepas Kena Maki, Myra Ketuk Kepala Saya” – Coki Pernah Jadi Mangsa Wanita Dera Budak

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Disney ‘Bekukan’ Projek Tangled Versi Live-Action Selepas Kegagalan Snow White

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kalau Tak Sensasi, Siapa Nak Tonton? – Captain Syers Tak Takut Berdepan Makian Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Siapa Yang Tahu, Maka Tahulah” – MK K-Clique Akhirnya Buka Mulut Perjelas Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Yayasan KRU Meterai MoU Demi Perkasa Kerjasama Dan Jaringan Universiti – Industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawi Agih Bonus RM200,000, Kutipan Filem Pecah Panggung RM3.5 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Titip Kata Semangat Buat Datuk Seri Vida – “Ya Allah, Kau Tabahkan Hati Mama”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kembali Jadi Deejay, Shuib Mahu Bangkit Semula – “Otak Tepu Sebab Lama Sangat Tidur”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elly Mazlein Tolak Tawaran Setengah Juta Buka Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Terlintas Buka Tudung, Kilafairy Syukur Terus Istiqomah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd