Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Saya Dah Biasa Main Kotor” – Ayu Damit Bangga Bergelar Usahawan Tani Berjaya

18/07/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Baru saja melancarkan single baharu berjudul “Permata”, penyanyi kelahiran Negeri Bawah Bayu, Ayu Damit tidak kisah andai terpaksa mengerah keringat berlebihan untuk kekal bertahan dalam industri seni tempatan.

Dalam temu bual bersama Boom!, Ayu menjelaskan setelah sekian lama dia bertapak sebagai penyanyi, dia tetap bersyukur kerana kewujudannya dalam mewarnai pentas muzik tanah air masih diterima baik dan mendapat perhatian.

“Setelah menjuarai program realiti One In A Million suatu ketika dahulu, tak dinafikan berlakunya turun naik dalam memantapkan karier saya selaku penyanyi. Namun saya tidak pernah mengalah, malah menekadkan lagi keazaman dan amat berterima kasih kepada produksi Gegar Vaganza 2019 kerana memberi ruang serta peluang kepada saya untuk memperkukuhkan kedudukan di persada muzik Malaysia” ujar Ayu.

“Dapat menyertai program hiburan popular itu pun sudah satu rahmat buat saya apatah lagi berjaya menamatkan persaingan di tempat kedua, ia bagaikan mimpi jadi realiti,” ceritanya sambil melirik senyum bangga mengimbas detik kemenangan tersebut.

Di samping itu, Ayu turut mengulas tentang kegigihan berterusannya bersama suami berbakti kepada tanah apabila menceburi bidang pertanian.

Menariknya, usaha pasangan suami isteri itu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, bahkan mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada agensi kerajaan yang berperanan mengembangkan industri asas tani di Malaysia.

“Jujurnya, saya tidak kisah jika dilabel sebagai petani, peladang, pekebun atau apa jua gelaran sebegitu kerana hakikatnya itulah yang memang saya lakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini’ katanya lagi. 

Ayu dan suaminya selesa untuk bergiat aktif dalam bidang ini kerana ianya bukan sekadar menjadi sumber pendapatan bagi dirinya, bahkan rangkaian perniagaan yang ada dalam industri ini cukup luas dan memberangsangkan, sekali gus mampu menaik taraf kehidupan beliau sekeluarga ke tahap yang lebih baik.

Ayu turut bercadang menceburi bidang penternakan dan persediaan ke arah usaha tersebut sedang rancak dilakukan termasuklah urusan menyiapkan kertas kerja sewajarnya.

“Insya-Allah, tidak lama lagi kami akan mula menternak kambing dan lembu untuk memenuhi permintaan masyarakat setempat dan juga luar negara. Proses menyiapkan kertas kerja telah memasuki peringkat akhir dan diharap setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat, kami dapat segera memulakannya,” ujar Ayu.

Terdahulu, pada 2 Julai lalu, penyanyi bersuara lantang itu dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda tercinta, Damit Osiri, 72, ke rahmatullah akibat menghidap penyakit kanser yang didiagnos sejak Mac tahun ini.

“Saya sempat terbang pulang ke Sabah seorang diri untuk menguruskan proses pengebumian jenazah arwah Abah walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak bersama suami di Semenanjung. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan saya sebagai anak sulung, kini tanggungjawab terletak di bahu saya untuk memastikan kelangsungan hidup kami sekeluarga,” tambahnya mengakhiri perbualan.

Bagi mengikuti perkembangan lain, tonton rakaman penuh video temu bual bersama Ayu yang telah disediakan Boom!

Previous Post

“Normallah Tu Kalau Kena Hentam” – Zoey Rahman Giat Jual Kosmetik

Next Post

“Saya Cuma Ikut Arahan” – Tukar Vaksin, Ifa Raziah Tepis Dakwaan Demand

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Insomniacks Bersyukur Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Watak Antagonis Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Bayar RM1 Pun Saya Buat!” – Joe Flizzow Sedia Bekerjasama Semula Dengan Malique

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd