Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dari Kaca TV Terus Melekat Di Hati, Zulin Aziz Diikat Jadi Tunangan Orang

29/01/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
Dari Kaca TV Terus Melekat Di Hati, Zulin Aziz Diikat Jadi Tunangan Orang

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas dua tahun bercinta serta menjadi rakan kongsi, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, membuat keputusan untuk bertunang.

Zulin dan tunangnya Farhan Norzaini

Dilangsungkan secara tertutup dan sederhana, majlis pertunangan mereka cuma dihadiri ahli keluarga terdekat bertempat di kediaman abang Zulin, di Segambut, semalam.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih tarikh hari ini sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah lebih dua minggu lalu.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami rancang, akhirnya Allah perkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga, kami hanya jemput keluarga sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Mengulas lanjut, bekas personaliti radio Suria FM itu terbuka hati memilih lelaki berkenaan sebagai teman hidup kerana yakin Farhan mampu membimbingnya ke jalan diredai Allah.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga pendengar yang setia.

“Saya selesa bersama dengannya dan boleh luahkan apa sahaja kepadanya,” ujar Zulin.

Sementara itu, bagi Farhan pula, Zulin mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta disenangi keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu saat kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Di situ saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati dengannya.

“Arwah ibu pernah pesan, jika mahu cari calon isteri, pilih wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah ibu lakukan. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” dedahnya.

Zulin menerima dua bentuk cincin pada majlis pertunangan itu termasuk cincin risik dan cincin tunang.

Zulin menerima dua bentuk cincin pada majlis pertunangannya.

Menyingkap kembali momen pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan, dia memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram selepas menonton rancangan Melodi.

“Waktu itu saya sedang menonton TV bersama arwah ibu. Kemudian keluar cerita Zulin tak jadi kahwin.

“Lepas ibu meluahkan rasa kasihan, tiba-tiba terus dia cakap sudi terima Zulin jadi menantunya.

“Adik saya yang desak saya supaya mesej Zulin dulu. Tak sangka pula teks saya dibalas,” ceritanya. – BOOM!

Previous Post

“Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

Next Post

“Ramai Sangat Orang Nak Ugut Saya” – Diancam Bunuh, Aisar Khaled Buat Laporan Polis

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd