Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Dapat Hak Jagaan Interim, Diana Syukur Semua Berjalan Lancar – “Bukan Soal Kalah Menang…”

05/04/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Dapat Hak Jagaan Interim, Diana Syukur Semua Berjalan Lancar – “Bukan Soal Kalah Menang…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Diana Danielle mengucapkan rasa syukur apabila kes sebutan hadanah iaitu hak penjagaan anak hari ini (Rabu) berjalan dengan lancar.

Enggan mengulas secara terperinci, bintang Imaginur itu bagaimanapun berharap urusan penjagaan anak dapat diselesaikan dengan baik.

“Alhamdulillah sebutan hari ini berjalan dengan baik dan saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik.

“Diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” katanya.

Tambah Diana lagi, keputusan hari ini bukan soal menang atau kalah tetapi keadilan buat anak-anak.

“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu berlaku adil kepada anak-anak,” katanya.

Diana hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam berhubung sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Mengulas mengenai keadaan Aurora yang baru-baru ini dilaporkan trauma, Diana juga menutup mulut bagi menjaga privasi anaknya.

“Alhamdulillah, saya melindungi privasinya. Saya tak mahu cakap banyak,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana berkata, hak penjagaan sementara yang diberikan kepada Diana dilanjutkan sampai 30 Mei.

“Peguam kedua-dua pihak sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka berdua.

Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi kami ada proses sulh pada 11 April depan, tapi sebelum itu insya-Allah kami akan berbincang dan kami akan rekod kalau ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih di lagi di bawah Diana, dan tadi hakim sudah bagi lanjutan hak penjagaan sampai 30 Mei. Kalau ada persetujuan lebih awal, kita akan mohon kepada mahkamah supaya kita boleh rekod dan bubarkan perlahwinan dengan cepat,” katanya.

Bertanya mengenai permintaan Muhammad untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah, Akberdin berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara tersebut.

“Kita sedang berbincang dengan peguam di sebelah sana dan kita akan pertimbangkan semua ini. Kita akan buat persetujuan setakat mana kita boleh seperti hak lawatan dan hak bawa pergi ke Kedah, kemudiannya kita akan buat perjanjian untuk perkara tersebut,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.

BACA: Diana Danielle Nafi Minta Cerai Lepas Farid Kamil Denda Aurora Petik Cili Jiran

Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan Diana adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac .

Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. – BOOM!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous Post

Chris ‘Thor’ Hemsworth Sah Hidap Alzheimer, Ambil Keputusan Perlahankan Karier Lakonan

Next Post

[V] “Nombor Telefon Saya Disekat, Mahkamah Saja Tempat Untuk Jumpa Diana” – Farid Kamil

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Steve Rogers Kembali Dalam Avengers: Doomsday?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Linda Dakwa Beego Menipu Untuk Elak Hadir Prosiding Perceraian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Angelina Jolie Dedah Parut Mastektomi, Tingkat Kesedaran Kanser Payudara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Pengarah Rob Reiner Ditahan Atas Tuduhan Membunuh Ibu Bapa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • EXO Lancar Album Kelapan Dengan Enam Ahli

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd