Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Daniesh Suffian Atlet Gusti Lengan Dah Ada Single Sendiri, Ramai Kata Wajah Iras Ronaldo

26/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Daniesh Suffian Atlet Gusti Lengan Dah Ada Single Sendiri, Ramai Kata Wajah Iras Ronaldo

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mula dikenali melalui penglibatannya di dalam program Vokal Mania, Daniesh Suffian kini mempertaruhkan single terbaharu berjudul ‘Jaga Dia’.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, selain mempunyai bakat nyanyian, penyanyi Daniesh Suffian juga aktif dalam bidang sukan gusti lengan.

Daniesh atau Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian, 25, berkata, dia mula berjinak-jinak dalam sukan berkenaan sejak dibangku sekolah lagi.

“Saya mula dengan sukan gusti lengan sejak di bangku sekolah lagi. Ramai kawan-kawan sekolah ajak berlawan dan kami buat perlawanan secara kecil-kecilan.

Di sekolah saya memang tak pernah kalah walaupun waktu itu saya junior. Daripada situ saya rasa saya ada kekuatan asli dan cuba menyertai perlawanan di Kuala Lumpur,” katanya.

Daniesh juga dikatakan bakal menjadi wakil negara di peringkat dunia pada September depan di Kuala Lumpur.

Selain merupakan jaguh gusti lengan, ramai yang menyamakan wajah penyanyi yang popular menerusi lagu Mahligai ini dengan bintang bola sepak popular dunia, Ronaldo.

Bagaimanapun kata Daniesh Suffian dia tidak pernah berasakan dirinya dan bintang ternama tersebut mempunyai persamaan.

“Memang ada yang kata begitu, tetapi saya sendiri tak tahu di mana. Mungkin pada sesetengah angle gambar.

“Apa pun saya anggap ia sebagai penghargaan dan semoga saya juga akan sukses seperti Ronaldo, tetapi dalam bidang yang saya ceburilah,” katanya ketawa.

Mengulas mengenai karier seninya, Daniesh Suffian juga menempa nama sebagai penulis lirik, pelakon dan pempengaruh media sosial.

Buah tangan Daniesh Suffian yang berjudul ‘Jaga Dia’ ini adalah hasil kolaborasi Daniesh Suffian dan Omar K juga mendapat sentuhan Firdaus Rahmat.

“Jaga Dia adalah sebuah lagu yang saya hasilkan bersama Omar K dan Firdaus Rahmat dan kami ingin menyampaikan tentang rasa sayang, kasih dan rindu kepada seseorang yang bukan lagi milik kita.

“Tetapi kita berharap dan mendoakan agar orang itu sentiasa dalam keadaan yang baik, dilindungiNya walaupun perit kerana cinta yang disulam itu telah tiada.

“Sejujurnya, ini adalah kali pertama saya menulis lirik untuk lagu yang sedih. Selama ini saya banyak menulis dan menyanyikan lagu cinta yang gembira seperti meraikan perkahwinan.

“Justeru itu, saya berasa amat teruja kerana, melalui ‘Jaga Dia’ saya dapat menyelami segala emosi dan perasaan dalam menghasilkan bait-bait lirik yang menggambarkan rasa sedih kerana terputusnya ikatan percintaan antara dua orang.

“Pada hemat saya, ‘Jaga Dia’ ini bukanlah ‘just another song about a broken heart’ tetapi ia mengajar kita erti untuk melangkah pergi dan pada masa yang sama kita masih boleh mengharapkan yang terbaik untuk orang yang pernah kita cintai itu,” katanya.

Dalam pada itu Daniesh Suffian berharap agar single ‘Jaga Dia’ diterima semua.

“Semoga ‘Jaga Dia’ menjadi siulan ramai serta menjadi penguat kepada hati yang terluka ataupun dilukai oleh perpisahan,” katanya.

Single ‘Jaga Dia’ serta muzik video diterbitkan sepenuhnya oleh World Peace Entertainment. ‘

Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox, Apple Music dan lain-lain. – BOOM!

Previous Post

[V] Semua Kena Game, Baby Shima Tak Bertanding Pun! – “Saya Bergurau Saja, Ambil Bahang PRN”

Next Post

Berjaya! Konsert Bunkface Rock Borneo Mengghairahkan 2,000 Penonton Di KDCA, Kota Kinabalu Sabah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd