Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Dah Terbiasa Solo…” – Tunai Umrah Seorang Diri, Elly Arifin Bersyukur Segalanya Mudah

01/05/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
“Dah Terbiasa Solo…” – Tunai Umrah Seorang Diri, Elly Arifin Bersyukur Segalanya Mudah

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berkesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci pada Ramadan kali ini bagi menunaikan umrah, Elly Arifin bersyukur perjalanannya dipermudahkan biarpun hanya seorang diri.

Kata pelakon dan pengacara itu, pada awalnya dia merancang untuk mengikuti rombongan jemaah yang turut disertai Zulin Aziz bersama suaminya, tetapi tarikh pemergian pasangan itu di pertengahan bulan puasa.

“Lazimnya, pada tempoh waktu mereka pilih itu, jumlah jemaahnya ramai dan padat. Jadi disebabkan tak nak bersesak-sesak, saya putuskan untuk pergi lebih awal.

“Di minggu pertama bermulanya Ramadan, keadaan di Madinah dan Mekah agak tenang dengan kuantiti jemaah yang sedikit,” ujar pemilik nama penuh Nurul Elyana Kamalul Arifin, 33, itu.

Elly menjalani ibadah umrah seorang diri

Tambah Elly, dia tidak menafikan pada mulanya memang khuatir apabila memikirkan keadaannya yang berseorangan di tempat asing.

Namun jelasnya, sebaik tiba di sana, dia dipertemukan dengan beberapa kenalan dari Malaysia termasuk rakan artis iaitu Saharul Ridzwan dan Faizal Ismail berserta isteri masing-masing.

“Alhamdulillah, biarpun sendirian tanpa diiringi sesiapa sama ada ahli keluarga atau kenalan rapat, saya tetap dapat lakukan ibadah dengan lancar.

“Mula-mula tu memang risau bila fikirkan keadaan diri yang berseorangan di tempat orang, apatah lagi untuk kali pertama.

“Mujur urusan saya dipermudahkan, ditambah pula selepas bertemu dengan rakan-rakan yang turut berada di sana,” cerita pelakon yang kerap mendukung watak antagonis berkenaan.

Elly bersama rakan-rakan artis di Mekah.

Elly mengakui, julung kali memasuki rumah Allah dan melihat Kaabah, air matanya tiba-tiba mengalir dengan sendirinya.

“Entah kenapa, saat berada betul-betul di depan Kaabah, saya terus menangis. Rasanya kebanyakan orang akan alami perasaan sama, cuma tak tahu nak gambarkan.

“Saya juga tidak diduga dengan ujian yang berat. Syukur sangat niat saya untuk beribadah berjalan lancar,” tuturnya lagi yang tak henti-henti mengucapkan kalimah Alhamdulillah.

Bekas hos HLive yang kini mengendalikan rancangan pendidikan di saluran Didik TV itu turut mengatakan, sejak dulu lagi dia memang gemar mengembara secara solo.

“Dah terbiasa travel solo, sebab itu saya okey. Paling penting sebelum berangkat, pastikan kita buat kaji selidik terlebih dahulu dan tahu serba sedikit tentang destinasi yang nak dituju.

Elly gemar mengembara secara solo sejak dulu lagi.

“Internet kan ada, insya-Allah semuanya jadi mudah sebab bahan rujukan tersedia di hujung jari untuk diteroka. Selebihnya kita kena yakin dan bijak, itu dah memadai,” katanya berkongsi pengalaman dan tip kembara. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Tak Mudah Jadi Budak Flat” – Jay Nazif Teladani Erti Kesukaran Hidup Miskin Bandar

Next Post

[VIDEO] “Salute…” – Gempar! Rahim Sepahtu Ajak Kedua-dua Isteri Berlakon Bersama

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lee Dong-wook Bawa MY SWEET HOME Ke Asia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd