Daesung, vokalis utama BIGBANG, mengumumkan projek solo terbaru yang bakal dilancarkan pada 10 Disember ini melalui Threads semalam.

Menurut agensinya R&D Company (D-label), pengumuman itu dibuat kira-kira lapan bulan selepas Daesung mengeluarkan album mini pertama D’s WAVE April lalu.
Melalui posting sama, Daseung memuat naik teaser mini berlatarkan warna jingga dan logo misteri HG bagi menambah debaran dalam kalangan peminat.

Untuk rekod, BIGBANG, debut 2006 di bawah YG Entertainment, terkenal sebagai ikon K‑pop global.

Daesung aktif sebagai D‑Lite di Jepun, dan selepas tamat kontrak dengan YG, beliau menandatangani kontrak eksklusif dengan R&D Company pada 2023.
Mini-album terakhirnya, D’s WAVE, menerima pujian kerana menampilkan vokal dan emosi kuat diinspirasikan muzik rock.

Peminat menyatakan keterujaan dan kesediaan untuk menyokong projek baharu Daesung. Frasa itu memberi kesan mesra dan peribadi, seolah-olah peminat bersemangat untuk mengikuti perjalanan muzik artis kesayangan mereka.

Projek 10 Disember itu bukan sekadar single biasa, tetapi simbol kebangkitan Daesung selepas bercuti sementara dari kerja dan bukti komitmennya terhadap muzik serta peminat setia. –Boom!









