Selepas kira-kira setengah tahun menyepi daripada dunia muzik solo, D.O. (Do Kyung Soo), ahli kumpulan EXO yang juga pelakon terkenal kini sedang bersiap sedia untuk comeback solo pada awal Julai ini.
Menurut laporan media Korea, D.O. kini dalam fasa akhir persiapan album penuh terbarunya, menjadikan ini sebagai kemunculan solo pertamanya selepas lagu “Snowfall at Night” yang dilancarkan pada Januari lalu.

Selain itu, D.O. turut menyumbangkan suaranya untuk lagu OST bertajuk “Forever” bagi drama popular tvN ‘Resident Playbook’.
Lebih menarik, selepas pelancaran album ini, D.O. dijangka akan memulakan Jelajah Asia 2025 bermula Julai di Seoul. Ini tentunya berita menggembirakan buat peminat setianya di seluruh Asia.
Bukan itu sahaja, dalam bidang lakonan, D.O. bakal tampil dalam siri aksi jenayah Disney+ bertajuk ‘The Manipulated’ yang pastinya dinanti-nantikan. – BOOM!









