Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

‘Content’ Sprite Dan Teh Raih 32 Juta Tontonan, Tular Sampai Luar Negara…Hisham Raus Buat Haters Terciduk!

14/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
‘Content’ Sprite Dan Teh Raih 32 Juta Tontonan, Tular Sampai Luar Negara…Hisham Raus Buat Haters Terciduk!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pempengaruh muda, Hisham Raus tidak menyangka ‘content’ campuran air berkarbonat Sprite dan teh uncang yang dimuatnaik di laman sosial, meraih perhatian sehingga ke luar negara.

Menurut  Hisham, kandungan itu mendapat lebih 32 juta tontonan iaitu, 20 juta di Instagram dan yang selebihnya di TikTok.

Gara-gara kandungan itu juga pengikut Hisham di Instagram dan TikTok juga naik mendadak sehingga 250,000 di kedua-dua platform, dalam masa seminggu.

@hishamraustv REFRESHING GILER ! – Sprite Lemon Tea #fyp #tiktokfood #lemontea ♬ original sound – Hisham Raus

“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh. Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuatnaik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.

“Tetapi berbeza dengan  yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.

Tambah Hisham, video-video resepi mudah menggunakan kaedah suntingan fast cut membuatkan golongan warganet menggelarkan dirinya ‘Bayashi Malaysia’.

Untuk makluman, Bayashi adalah pempengaruh TikTok Jepun yang terkenal dengan posting resepi mudah dengan menggunakan suntingan fast cut.

Sementara itu, bercakap mengenai kehidupan sebagai pempengaruh, perkara itu bukan mudah kerana memerlukan semangat yang tinggi dan komited untuk terus konsisten dalam setiap kandungan video yang dimuatnaik.

Hisham Raus - YouTube

“Bayangkan saya terpaksa berjaga sehingga 4-5 pagi  untuk mencari idea apa yang patut dihasilkan agar ia dapat perhatian ramai dan semestinya memberi manfaat buat yang menonton.

“Bila nak rekod pun bukan mudah, saya tidak mempunyai jurukamera dan hanya menggunakan telefon bimbit saja untuk rekod dan guna kemera belakang (tiada monitor) (bukan selfie kamera).

“Dan yang paling penting, saya perlu konsisten agar para pengikut sudah bersedia dengan posting saya yang seterusnya,” ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.

Mengenai Hisham, beliau memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di Youtube.

Bagaimanapun, kerana hasad dengki  segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Hisham, beliau berputus asa dan mengambil keputusan berhenti untuk terus membuat kandungan video.

Hisham Raus - YouTube

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, semangatnya semakin pulih dan mula aktif di Instagram dan TikTok pula.

Dalam pada itu, kemunculan semula Hisham menghasilkan pelbagai video-video kreatif masih tidak menghalang kewujudan haters.

Namun dia mengambil perkara itu sebagai komen-komen pedas yang akan mengasah lagi skil penghasilan videonya.

“Dulu orang siap mengata ‘makan macam babi!’ kerana bunyi ASMR, dan macam-macam lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.

Hisham Raus (hishamraus) - Profile | Pinterest

“Saya selalu cari video-video pempengaruh luar negara sebagai rujukan dan banyaklah komen jahat kerana kononnya saya meniru.

“Bagaimanapun kita matang kerana pengalaman yang dilalui kan… Saya berbalik kepada niat, apa tujuan utama saya jadi pempengaruh? Untuk menambahkan pendapatan dan boleh tampung keluarga.

“Jadi saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang mana pernah jadi haters kini pengikut setia saya,” tuturnya. – BOOM!

Previous Post

[V] “Kami Ahli Keluarga Pun Tak Tahu Kenapa Pernikahan Syafiq Kyle Batal…” – Nabil Aqil

Next Post

Battle Of The Band 2023 Cari Bakat Kugiran Muda, Saringan Pertama Bermula 7 September Ini, Ayuh!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd