Penyanyi dan pelakon terkenal, Selena Gomez, mencuri perhatian peminat selepas memuat naik momen romantik bersama tunangnya, Benny Blanco, ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan hujung minggu lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, selebriti berusia 33 tahun itu berkongsi beberapa foto dari majlis berkenaan.
Foto pertama menampilkan Selena mengenakan gaun merah halter-neck dengan kot hitam, memegang tangan Benny sambil mencium pipinya.
Benny pula segak mengenakan sut biru terang, memandang ke arah lain sambil tersenyum.
Selena menulis kapsyen ringkas “About last night’s wedding”, yang pantas menarik pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat.
“Beberapa bulan lagi giliran kamu pula,” antara komen yang ditulis peminat.
Walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan, Selena sebelum ini mendedahkan kepada peminat di TikTok bahawa dia tidak mahu kek kahwin besar.
“Saya lebih suka kek mini untuk kami berdua sahaja, yang boleh dibekukan.
Pencuci mulut pilihan saya ialah biskut dan kuah gravy buatan Nana saya.
Itu dah cukup sempurna bagi saya,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada Disember 2024 selepas setahun bercinta. – BOOM!









