Aktor kacak, Andrew Garfield sekali lagi mencuri tumpuan di kejohanan tenis Wimbledon, namun perhatian kali ini bukan semata-mata kerana gaya fesyennya.
Kehadiran wanita istimewa di sisinya, aktres Monica Barbaro, menjadi tumpuan utama ramai.

Pasangan itu muncul bergaya sedondon dalam pakaian serba putih ketika menghadiri hari ketujuh Kejohanan Tenis Wimbledon di London.
Kelibat mereka bergandingan tangan sambil berjalan masuk ke venue telah mencuri perhatian dan kemesraan mereka jelas terserlah dengan ciuman manis di dalam Centre Court.
Hubungan mereka kini dilihat semakin terbuka walaupun masih belum ada kenyataan terbuka dari kedua-duanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa mereka pernah dilihat bersama menghadiri sebuah pementasan di New York pada Mei lalu.

Malam yang sama, Monica hadir sendirian ke karpet merah Met Gala, tetapi Andrew dikhabarkan menunggu beliau di The Mark Hotel. – BOOM!









