Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Cik Epal, Jofliam & Dewi Berbalas Cerita. Siapa Sebenarnya Yang Bersalah?

29/04/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra
Cik Epal, Jofliam & Dewi Berbalas Cerita. Siapa Sebenarnya Yang Bersalah?

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Isu membabitkan pempengaruh media sosial, Cik Epal dan isteri bekas suaminya, Emira Delyati Dewi, semakin hangat apabila masing-masing tampil mendedahkan versi mereka berhubung insiden kekasaran yang berlaku di kediaman Jofliam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal mendakwa dirinya dicakar dan cedera di bahagian mata oleh Dewi ketika hadir ke rumah pasangan tersebut untuk mengambil barang peribadinya.

“Betina hamak ini (Dewi) cakar dan lukakan mata aku. Ini lah pasangan penyondol yang hamak barang-barang,” luahnya.

Dalam hantaran sama, Cik Epal turut berkongsi video pendek yang memaparkan dirinya bercakap dengan nada tegas untuk mengambil barang, sebelum Dewi dilihat pantas menutup pintu. Kelihatan juga Jofliam yang mengarahkan isterinya supaya segera menutup pintu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Difahamkan, rumah itu merupakan kediaman yang pernah didiami Cik Epal dan Jofliam sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.

Tidak berdiam diri, Dewi kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar. Menurutnya, Cik Epal dan ibu bapanya disambut dengan baik dan segala barangan milik Cik Epal telah diletakkan di satu tempat khas tanpa gangguan.

“Munirah (Cik Epal) tengah mengemas barang dapur, semua aman,” jelas Dewi.

Namun keadaan menjadi tegang apabila Cik Epal didakwa melanggar perjanjian dengan menaiki tingkat satu rumah, sedangkan hanya dibenarkan berada di tingkat bawah.

“Sebaik Munirah berlari ke level 1, saya mengejar untuk mengingatkan dia. Munirah kemudian melempar dekorasi rumah dan menjerit,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emira Delyati Dewi (@emiradelyati)

Dewi mendakwa dirinya bertindak mempertahankan diri selepas berlaku pergelutan. Dia juga mendakwa mengalami luka dan calar pada muka serta hidung akibat rambut ditarik dan wajahnya dicakar.

“Video yang dipost oleh Munirah adalah selepas pertelingkahan berlaku. Aurat saya didedahkan, sebab itu saya menutup pintu,” tambahnya.

Menurut Dewi, satu laporan polis telah dibuat dan dia menyerahkan segala urusan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Cik Epal turut mendedahkan bahawa dia membawa dua orang ‘bodyguard’ untuk membantunya mengambil barang, namun Jofliam tidak membenarkan bodyguard dan kru pindah barang masuk ke dalam rumah.

“Yang boleh masuk hanya aku dan ibu bapa aku saja,” katanya.

Lebih mengecewakan, Cik Epal mendakwa bekas suaminya menempah perkhidmatan Lalamove untuk mengangkut barang miliknya, tetapi kos penghantaran disuruh ditanggung olehnya sendiri.

“Beria dia tempah Lalamove untuk bawa barang aku keluar. Lepas itu Lalamove suruh aku yang bayar, sengkek betul,” katanya lagi.

Sebagai penghargaan, Cik Epal berterima kasih kepada rakannya, pempengaruh Anas Zahrin yang membantu menyediakan ‘bodyguard’.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam bercerai pada 9 Oktober tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak, Han dan Yuki. Jofliam kemudian bernikah dengan Dewi pada 5 April lalu. – BOOM!

Previous Post

Rossa Undang Bernadya Berduet Di Konsert ‘Here I Am’, Ini Sebabnya!

Next Post

Peminat Teruja! YG Family Kembali Bersatu Di Konsert Daesung

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd