Personaliti televisyen dan model terkenal, Chrissy Teigen, sekali lagi memilih untuk menjauhi alkohol dan secara terbuka menghargai sokongan bintang Summer House, Carl Radke, dalam perjalanannya kembali sedar.

Dalam satu catatan Instagram yang sangat panjang, Chrissy mendedahkan dirinya sudah 52 hari tidak minum alkohol dan mengakui terbukaan Radke berkongsi pengalaman pulih daripada ketagihan memberi kesan besar kepadanya.
“Saya berterima kasih kepada Carl kerana kejujuran tentang perjalanannya sendiri dengan ketenangan,” tulisnya.
Chrissy mengakui selepas berhenti minum pada 2021, dia kembali kepada alkohol dengan alasan mahu menikmatinya.

Namun tanpa sedar, tabiat itu kembali menguasai rutin hariannya.
“Saya mula mengangap minum sebagai ganjaran hidup. Dari segelas wain waktu malam, ia menjadi rutin hingga akhirnya tabiat itu menjadi semula,” luahnya jujur.

Menurut Chrissy, perbualannya bersama Radke menjadi titik perubahan apabila dia sedar ingin memulakan fasa baharu hidup tanpa bergantung kepada alkohol, terutamanya apabila terlibat dengan projek besar.
Berbeza dengan percubaan pertamanya dahulu, kali ini Chrissy mengakui proses tersebut lebih sunyi dan kurang diraikan.
“Tiada kemegahan. Tapi saya tidak ada keinginan untuk berpatah balik.
“Rupa-rupanya, tanpa alkohol saya masih boleh menjadi lucu. Masih bodoh. Masih sangat gementar. Cemas seperti seorang ibu. Dan saya boleh mengharungi semuanya tanpanya (arak),” tambahnya. – BOOM!









