Meskipun berdepan pelbagai kritikan berhubung jurang 40 tahun antaranya dengan teman lelaki, penyanyi legenda Cher memilih untuk tidak ambil peduli.

Menurut Cher, 79, ketika ini, dia hanya mengutamakan pada kebahagiaan sendiri berbanding cemuhan umum bahkan mengakui sedang “berseronok sepenuhnya.”
“Apa-apa sajalah. Mereka tidak berada di tempat saya. Jadi, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Kami tetap berseronok,” katanya.

CBS Morning melaporkan, Cher dan Alexander Edwards menjalin hubungan romantis selama 3 tahun, namun Cher menegaskan perbezaan umur tidak pernah menjadi isu.

Pada masa sama, Cher mendedahkan dia rapat dengan anak lelaki Edwards yang berusia enam tahun, Slash, hasil daripada hubungan terdahulu pemuda itu.

Katanya, hasratnya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang mempunyai anak akhirnya dimakbulkan:
“Ya Tuhan, berikan saya seorang anak kecil dan seorang lelaki, Tuhan memakbulkan permintaan ini.” -Boom!










