Bintang pop lagenda, Cher, yang bakal menyambut ulang tahun ke-80 Mei tahun depan dilaporkan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Alexander ‘AE’ Edwards, yang 40 tahun lebih muda daripadanya.

CBS Morning melaporkan, Cher dan Alexander Edwards telah menjalin hubungan romantis selama tiga tahun.
Walaupun jurang usia yang ketara, Cher menegaskan bahawa perbezaan umur tidak pernah menjadi isu di antara mereka.

Beliau menepis sebarang kritikan terhadap hubungan itu dan memilih untuk fokus kepada kebahagiaan peribadi.
“Kami bahagia, dan itu sahaja yang penting. Cinta tidak mengenal nombor, dan saya tidak akan membiarkan pandangan orang lain mengganggu kebahagiaan kami,” tegasnya.

Cher yang sebeluk ini pernah berkahwin sebanyak dua kali bakal menamatkan zaman jandanya hampir 50 tahun selepas perkahwinan keduanya berakhir. –Boom!










